24 Mac 2011

Akhirnya dia pergi jua !


19 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
LOS ANGELES: Aktres legenda Hollywood, Elizabeth Taylor meninggal dunia di Pusat Perubatan Cedars Sinai, hari ini akibat sakit jantung. Beliau berusia 79 tahun.

Jurucakap aktres itu, Sally Morrison berkata ketika menghembuskan nafas terkhirnya, semua anak Elizabeth berada di sisinya.

Aktres itu dilaporkan sering sakit sejak beberapa tahun lalu, dimasukkan ke hospital itu enam minggu lalu kerana masalah jantung.

Elizabeth terkenal dalam lakonannya dalam filem termasuk Cleopatra, Who's Afraid of Virginia Woolf dan National Velvet. - The Guardian

1 ulasan:

Qaseh Bonda berkata...

Chantek2 pun mati jugak kan...muda2 pun jadi tua la jugak. Fitrah manusia.

Pada yang masih tak sedar2...tua dah ketuk pintu...Izrail sedang mengintai.. tak rasa nak ke buat sesuatu yang berfaedah bukan saja untuk dunia semata2 bahkan untuk melapangkan liang lahad.

Acer cuba renung hamba ciptaan Allah di atas ni. Apa dia persembahkan pada tuhan dia sebagai umat nabi Isa...

Kita yang dah sah2 umat Muhammad tak rasa betapakah istimewanya kita menghargai ciptaan Allah ke atas kita.

Raihlah cinta dan kasih Allah sebelum dipanggil mengadap tanpa pesan, tanpa signal lampu trafik.

Berebut2lah buat kebaikan sesama umat dari dok mengaibkan orang sampai ke tua apa kita dapat..

Menambahkan kebencian anak cucu tujuh keturunan.

Ruginya bila sudah diberi kuasa sampai ke tahap Perdana Menteri...masih nak buat jahat lagi kaa...

Rugi..rugi..sungguh2 hang rugi wahai Perdana Menteri.

Bak kata Usop lagi rugi bila dah belajar english education.

Sebab tu kena pi mengaji Arab sama!