04 Mac 2011

Cerai setiap 15 minit

29 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

PUTRAJAYA - Statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menunjukkan perceraian berlaku dalam kalangan umat Islam dicatatkan setiap 15 minit pada tahun 2009.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, jumlah itu meningkat daripada tahun ke tahun akibat daripada kurangnya penghayatan agama dalam kalangan suami isteri termasuk mengabaikan solat.

“Jika solat lima waktu sehari semalam tidak dapat dilaksanakan, sudah tentu dapat kita bayangkan mereka juga sukar untuk melaksanakan peranan dan tanggungjawab sebagai suami dan isteri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan seminar sempena Maulidur Rasul Rasulullah Ikon Keluarga Bahagia yang disertai 1,200 penjawat awam.

Anggota panel pada seminar itu terdiri daripada pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah dan pendakwah, Datuk Dr Fatma Zahrah Mohd Ramadan.

Mashitah berkata, Jakim akan memperbanyakkan lagi program pemantapan keluarga yang menerapkan kesedaran terhadap peranan suami dan isteri, kemahiran keibubapaan, pendidikan serta pengurusan ekonomi keluarga.

Setakat ini katanya, Jakim menganjurkan sebanyak 900 program kekeluargaan dengan kerjasama jabatan agama Islam negeri dalam usaha untuk memperkasakan institusi rumah tangga.

Dalam perkembangan lain Mashitah berkata, Jakim masih memantau pergerakan saki baki pengikut ajaran al-Arqam yang didakwa mengadakan perjumpaan dikenali sebagai ‘Sidang Parlimen Roh’ selepas kematian pengasasnya, Ashaari Mohamad atau Abuya pada 13 Mei tahun lalu.

“Kita masih mengikuti apa yang mereka buat. Jadi minta kepada rakyat supaya berhati-hati dan tidak mengkuti kepada ajaran itu,” katanya.

Sinar Harian/-

1 ulasan:

Wanita Bertudung Hijau berkata...

salam

sy nak berkongsi apa yg sy dengar semasa menghadiri kursus pra perkahwinan thn lepas

ustazah ada menceritakan statistik pencerain thn 2009 adalah sebanyak 27 ribu kes (hanya yg berdaftar). Yang tak berdaftar tak tahulah kan bilangannya berapa

biasanya kes penceraian hanya melibatkan benda remeh temeh yang kadang-kadang tak masuk akal seperti ubat gigi.

bayangkan betapa bergegarnya tiang arasy. Kesian pada penjaga arasy yang sentiasa terganggu dan tak kusyuk nak berzikir disebabkan arasy yg sentiasa bergegar stp 15 minit.

itu statistik 2009, bagaimana pula dengan 2011 dan 2011

yg pastinya jumlahnya pasti semakin meningkat, bkn nak meminta, hakikat dan realitinya pasangan yg berkahwin dah lupa apa matlamat perkahwinan mereka.

Sebenarnya perkahwinan adalah 1 peluang dan hadiah drpd ALLAH SWT kepada kita untuk tambahkan pahala berganda. Malangnya kita alpa

Lupakah kita syaitan yg bernama DASIM laknaktullah hari-hari akan sentiasa menghasut pasangan suami isteri supaya bercerai? Lupakah kita? Habis kenapa kita mengikut hawa nafsu syaitan??????????

Akhirat adalah hakiki, tapi kita lupa tujuan kita ni diwujudkan kat muka bumi ni

(sekadar ingatkan diri sendiri)