PARIT BUNTAR, 24 Mac : Adun Titi Serong, YB Drs. Khalil Idham Lim mencabar Perdana Menteri supaya membuat laporan polis berkaitan tuduhan bunuh Altantuya terhadap beliau.
Beliau merujuk kepada keberanian tindakan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang membuat laporan Polis sehari selepas tuduhan video seks, ia sama dengan kes Altantuya kerana keduanya melibatkan maruah dan Najib juga mestilah menbuat laporan Polis untuk menunjukkan satu usaha membersihkan dirinya..
"Kes Altantuya sudah lama berlaku namun Najib belum membersihkan dirinya dan tidak ada usaha kearah itu" jelasnya
Merujuk kepada ulasan Datuk Mustafa Mohamad yang mengesa rakyat untuk menilai tahap integriti, Drs. Khalil menganggap itu adalah pandangan yang sengaja diadakan untuk melindungi kejahatan yang dilakukan oleh pimpinan BN sekian lama.
"Macamlah rakyat sudah tidak pandai menilai tahap integriti dinegaranya sendiri"katanya.
“Mengapa beliau (Mustapa Mohamed) gesa rakyat untuk buat penilaian tahap integritinya jika belum disabitkan kesalahan,” katanya ketika ditemui di sini.
Tambahnya, Anwar Ibrahim telah mengemukakan laporan polis berhubung fitnah jahat video seks, ini membuktikan beliau berani dan mahu menafikan perkara yang memang beliau tidak lakukan dengan saluran keadilan yang ada iaitu mahkamah.
Menurutnya yang juga Ketua Penerangan Pas Perak, tindakan beliau (Anwar) membuat laporan polis tersebut adalah suatu perkara biasa jika dituduh berkaitan isu yang tidak pernah dilakukan.
“Tapi jika ada individu yang difitnah , tindakan yang mesti dilakukan ialah kemukakan laporan polis sebagaimana yang dilakukan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim.
“Dunia sedang melihat bagaimana senario politik yang tidak matang,” katanya.
“Perdana Menteri Malaysia dan pemimpin BN jelas mengamalkan toleransi terhadap budaya politik yang bersifat “undang-undang rimba”. jelasnya.
Menurutnya pemimpin sepatutnya memikirkan untuk memperkenalkan dasar-dasar yang lebih perihatin dan mesra rakyat dalam memenuhi amanah kepimpinan negara. namun yang kita lihat kerja mereka menyerang parti lawan dan pimpanannya denga rekaan cerita yang bukan-bukan.
"Paling malang segala institusi kerjaan disalahgunakan untuk melangsungkan kerja jahar mereka bagi kekal berkuas" katanya
“Tidak hairanlah mengapa isu yang memalukan Negara membiak dengan pesat sejak akhir-akhir ini,” katanya lagi.
“Rakyat menilai kerajaan sedia ada yang tidak pernah berubah untuk menyelamatkan malaysia,” tegasnya.
“Protes perlu dilakukan terhadap Umno BN, dan protes tersebut perlu diterjemahkan pada kertas undi pada pilihanraya Sarawak pada April dan PRU13 tidak lama lagi, perubahan perlu berlaku di Malaysia,” tegasnya.
Oleh : Hafizi pauzi
5 ulasan:
dah sampai tahap rakyat benar-benar muak dengan gelagat politikus malaysia yg lebih membebankan rakyat,Slogan mendahulukan rakyat hanya pakaian luar untuk tutup ketamakan,kedudukan dan kerakusan! kitorang yang jadi mangsa!
suara rakyat.bukan tenaga rakyat
kerajaan makan duit rakyat
sekian lama kita selalu disajikan dengan pelbagai budaya yang menyimpang dari landasan islam walhal gempak gempita segala tukang karut (pemimpin) yg kita agong2kan memimpin negara tetapi lupa akan tggjwb serta amanah yg dipikul utk kesejahteraan rakyat... tidak terlintas dan terbukakah bahawa setiap perkataan dan amalan kita akan ditanya nanti... bukan ada org lain yg boleh tolong dan bantu...
Buatlah pilihan dan muasabah diri untuk menilai sesuatu kebaikan dunia dan akhirat semestinya... jgn lupa usia yg bakal diambil semula dan pembalasan bukan menunggu diakhirat saja tetapi didunia pasti merasa....INGATLAH
Kenapa rakyat malaysia tidak seperti rakyat Indonesia cepat sedar dan bangun untuk menyinkir pemimpin yang rakus, zalim penuh,fitnah menjadi budaya, dengan kepuraan membantu rakyat, sedangkan apa yang berlaku amat jelas ketidak jujurnya pemimpin2 yang meminpin malaysia sekarang, yang hanya mengumpul harta-harta untuk diri sendiri dan kroni2. sedangkan apa yg mrk buat dilindungi oleh pihak penguatkuasa keselamatan yg sepatut menjaga keselamatan keseluruah rakyat, tetapi kenapa memilih mejadi kuda tungangan kpd pemimpin2 yg mmg diketahui benar kejahatannya... apakah benar dengan maksud ayat, org jahat suka pada org jahat, dan sokong akan kejahatan mrk.. org baik akan mnyokong orang baik2...maka rakyat kena semak diri.... org yg baik akn suka pemimpin yg menjalankan syariat Allah, org2 yg jahat suka kepda pemimpin2 yg jahat! wallahualam......
Catat Ulasan