03 Mac 2011

Mayat bayi baru lahir ditemui dalam tren komuter

28 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KLANG 3 Mac – Mayat seorang bayi lelaki yang dipercayai baru lahir ditemui ditinggalkan dalam tren komuter yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang di sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusop berkata, mayat bayi malang yang masih bertali pusat itu ditemui orang awam kira-kira pukul 8 pagi.

“Mayat bayi ini dibungkus dengan kain dan diletakkan dalam beg plastik sebelum ditinggalkan di dalam tren,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, mayat bayi tersebut telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini untuk dibedah siasat.

Utusan Malaysia/-

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ish comelnya baby tu..kesian..kalau tak nak bagi la kat saya ni..

Dama-Ulan berkata...

itulah kelebihan tinggal kat M'sia nie... nak beranak bleh kat mana2 aje... pas tu klu x nak anak tu bleh letak kat mana2 ajee.. hihihihi mengapa pemimpin kerajaan Melayu Islam nie tak mau ambil berat tentang permasalahan ini...???

p/s: ingat lg zaman dulu sewaktu dikampung... klu ada kes anak luar nikah nie..mak bapa bleh mati terkejut klu dpt tau, pas tu satu kampung dok kutuk... zaman sekarang nie fenomena anak luar nikah nie dh jadi biasa sampai org pun malas nak ambik port... Hairan...hairan