10 April 2011

BN Sarawak Gagal Setelah Lebih 40 Tahun

6 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


PAS Kawasan Miri menyeru semua pengundi mengunakan peluang terbaik di dalam Pilihan raya Negeri 10 (PRN10) pada 16 April ini dengan menolak BN yang terbukti gagal membela nasib rakyat selama ini.

Yang Dipertua PAS kawasan, Haji Jofri Jaraiee (tiga dari kanan) berkata, rakyat terutamanya pengundi telah melihat kegagalan demi kegagalan berlaku di hadapan mata meskipun diberi peluang kepada BN memerintah selama lebih 40 tahun.

"Semua pengundi mesti bersatu untuk menumbangkan BN kali ini dan berilah peluang kepada Pakatan Rakyat untuk menunjukkan kaedah pemerintahan bentuk baharu bagi mengatasi segala macam salahlaku pimpinan BN selama ini. 

"Rakyat Sarawak tidak perlu lagi terpengaruh dengan segala jenis janji yang dibuat oleh pimpinan BN kerana terbukti selama ini mereka gagal mengkotakan apa yang dijanjikan meskipun diberi peluang memerintah selama sembilan penggal.

"Sudah sampai masanya rakyat Sarawak membuat perubahan dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan yang lebih kerana PR telah membuktikan prestasi cemerlang memerintah Negeri Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya di dalam majlis ceramah yang diadakan di Morshjaya, dekat sini di dalam usaha memenangkan calon Pakatan Rakyat yang diwakili oleh Keadilan, Dr Teo.

Ramai pimpinan PR yang turut berucap malam tadi antaranya Ketua Umum Keadilan yang juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Setiausaha Agung Keadilan yang juga Ahli Parlimen Machang dan Adun Titi Serong merangkap Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim Abdullah.

Kehadiran anggota masyarakat Cina terutamanya di semua majlis ceramah PR memberikan satu rangsangan besar di dalam melonjakkan semangat pimpinan, ahli, penyokong, pengundi, pengundi dan simpati dari orang ramai.

Dalam pada itu, Haji Jofri turut membangkitkan isu pekerjaan dalam banyak bidang yang masih lagi bermasalah terutamanya kepada rakyat tempatan seperti gaji, upah atau bonus yang tidak selesai, begitu dengan pekerja-pekerja swasta syarikat yang mengadukan hal mereka kepadanya.

Beliau turut menyebutkan PR mendapat dokongan yang kuat daripada PAS Miri, Pemuda dan Muslimat dalam semua gerakerja dan sokongan padu dari Dewan Himpunan Penyokong PAS yang terdiri dari anggota masyarakat Cina dan Iban. 

Pada hari ketiga ini, suasana pilihan raya sudah mula terasa dengan kelihatan poster dan pemidang di banyak tempat namun masih tidak dapat menandingi suasana pilihan raya di Semenanjung yang seolah-olah berpesat dengan musim pilihan raya acapkali ia tiba.

H/daily

1 ulasan:

Qaseh Bonda berkata...

Ubah jangan tak ubah. TV pun tak berani nak siar suasana lawatan pembesar2 BN di sana. Maklumlah akan menampakkan betapa daifnya rakyat Sarawak selama mereka memerintah.

Semuanya di takuk lama. Masjid yang dah lebih 10 tahun rakyat menagih baru semalam PM luluskan. Tu pun belum tentu dapat.

Nelayan Sarawak baru nak dijanjikan skim insuran. Baru semalam mereka berjanji. Aduhaii lah dacing yang senget sebelah.

Segalanya timbul dengan tiba2. Berseronoklah tuan2 dan puan2 Sarawak tapi pastikan undi pada Pakatan Rakyat. Undi kita bak kata nenek moyang kita dulu. Rahsia!! Biar pecah di perut jangan pecah dimulut.

Tak di tembaknya kita derrr!!!