10 April 2011

Tentera Mesir Bunuh Dua Penunjuk Perasaan

6 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


KAHERAH - Tentera Mesir yang bertindak menyuraikan penunjuk perasaan membunuh dua penunjuk perasaan di Dataran Tahrir di sini, semalam.

Kematian itu adalah yang pertama di sini selepas Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai presiden pada 11 Februari lalu.

Beberapa saksi menyatakan, anggota-anggota tentera yang dibantu polis pencegah rusuhan melepaskan lima das tembakan ke udara dan memukul para penunjuk perasaan yang berkhemah di dataran tersebut.

Para penunjuk perasaan itu berhimpun selepas puluhan ribu orang berkumpul di sini kelmarin bagi meminta Hosni dihukum termasuk beberapa tokoh terkenal semasa rejimnya berkuasa. 

AFP

1 ulasan:

Unknown berkata...

Salam YB

Memang sepatutnya Husni dan Kuncu-Kuncunya di adili dan dihukum sekiranya didapati bersalah. Tapi nampaknya kerajaan mesir masih lagi berdiam diri dan rakyat menganggap kerajaan melindungi bekas presiden itu.

Kini rakyat pula yang dibunuh oleh pasukan keselamatan kononnya..