06 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Oleh: WFAUZDIN NS
BARU-baru ini ada teman Facebook bertanya pada saya, mengapa susah sangat DS Anwar atau DS Wan Azizah mahu tunjuk jam Omega yang dikatakan kepunyaan Anwar sepertimana yang dituntut oleh pencacai-pencacai Umno dan media pencacai itu? Harus kita ingat, sebelum ini Eskay salah seorang `geng three strooges' @ Datuk T ada mendakwa kununnya beliau ada menyimpan jam Omega kepunyaan DS Anwar yang tertinggal di sebuah hotel.
Saya telah menjawab secara rengkas persoalan tersebut kepada rakan FB saya mengikut kefahaman saya. Isu yang sama juga telah diulas oleh rakan Blogger Malaysia Waves di sini dan saya amat bersetuju dengan pendapat beliau.
Baik, pertama Eskay mengaku dia ada menyimpan jam Omega yang kununnya kepunyaan Ketua Pembangkang tersebut yang tertinggal di hotel yang didakwa berlakunya perkara sumbang tokoh pembangkang berkenaan. Eskay mendakwa, beliau disuruh oleh tokoh berkenaan mengambil jam tersebut di bilik hotel berkenaan. Persoalannya, setelah jam itu diambil adakah Eskay terus menyimpannya atau menyerahkan kepada Anwar? Tidakkah Anwar pernah bertanya tentang jam itu sebelum ini?
Kedua, Eskay mengaku ada menyimpan jam berkenaan. Oleh kerana itu, lojiknya kepada Eskay lah sepatutnya didesak untuk menunjukkan jam Omega yang beliau dakwa kepunyaan Anwar itu, bukannya mendesak Anwar mahu pun Azizah. Mengapa Eskay tidak tunjukkan jam tersebut kepada wartawan sewaktu beliau mengadakan sidang akhbar tentang isu video seks sebelum ini? Dan, sekiranya Eskay menunjukkan jam berkenaan, apakah itu cukup kuat untuk menuduh Anwar terlibat dengan aktiviti sumbang itu?
Ketiga, mereka yang menuduh mengapa perlu minta bukti kepada orang yang dituduh? Sebagai contoh, ada pihak menuduh kita membunuh seseorang dengan menggunakan pisau, adakah kita perlu menunjukkan pisau itu sedangkan hakikatnya kita tahu kita tidak bersalah. Menjadi tugas mereka yang menuduh untuk mendapatkan bukti mereka, mengapa perlu mendesak benda-benda yang bukan-bukan dan mengarut untuk menguatkan tuduhan mereka?
Memang benar kata Anwar, apa jua yang melibatkan beliau mesti ada yang pelik dan ganjil. Bermula dari kes fitnah Liwat I, Liwat II dan kini fitnah III bermacam yang pelik terjadi. Kes fitnah I, tarikh pertuduhan dipinda beberapa kali kerana kondomunium yang dikatakan tempat kejadian liwat Anwar dengan Azizan belum siap. Fitnah liwat II yang sedang berjalan pula, kita lihat berbagai fakta yang pelik, ganjil dan tidak masuk akal terjadi yang banyak kita ketahui. Terbaru, isu video seks pula langsung ditolak mentah oleh majoriti rakyat melainkan oleh mereka yang tertutup mata hati dan iman mereka.
Dahulu mereka gila kepada sumpah laknat, kemudiannya mereka lapar pula kepada DNA, dan sekarang mereka kemaruk dengan jam Omega. Sampai bila mereka terus akan menjadi gila? Mungkin kita boleh mengubati penyakit gila mereka ini selepas Pilihanraya Umum Ke 13 nanti, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com
3 ulasan:
Raihlah pahala sebanyak munkin wahai insan yang bernama Anwar Ibrahim.
Pada mereka yang tidak jemu mengaibkan insan ini renunglah semula bala yang bakal menyusul. Kalau tidak pada diri sendiri. pada anak2 cucumu nanti sudah pasti.
Semakin mereka gah, semakin kita jadi rendah diri pada Allah.
Money is the root to all evil.
kenape le jawapan bodoh yang kau beri lagi !!!
Itu lah hakikat nya politik di Malaysia... Fitnah , memfitnah, keji, mengeji, kata, mengata, bohong, berbohong dan macam-macam lagi... satu pihak menyerang , satu pihak bertahan dan begitulah sebaliknya... Menuduh orang berzina sebelum dibuktikan tu adalah dosa besar...Dalam isu ini saya mengambil pendekatan untuk tidak mengatakan iya atau tidak, tapi hati saya berat untuk mengatakan selamamana tidak dibuktikan bersalah, seseorang itu tidak boleh dipersalahkan, itu hukum dunia dan selebihnya kita serah pada Allah... Allah maha mengetahui..
Di pihak yang satu lagi, adakah kita tidak pernah menuduh orang lain berzina.... macamana pulak tuduhan sebahagian penyokong dan pemimpin terhadap Najib dan Altantuya... Wallahu'alam
Catat Ulasan