08 April 2011

Bukan Islam dibenar guna ayat al-Quran

04 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengulangi hak masyarat bukan Islam untuk membaca dan menggunakan ayat-ayat al-Quran dengan syarat ia dilakukan dengan ikhlas dan tanpa niat jahat.

“Tidak salah kalau mereka mahu belajar atau mengetahui lebih banyak mengenai Islam. Agama tidak melarangnya. Tetapi mereka mesti ikhlas,” kata Jamil Khir ketika menjawap soalan lisan daripada Datuk Ibrahim Ali (Bebas - Pasir Mas).

Namun, beliau memberi amaran kerajaan akan mengambil langkah-langkah serius bagi mempertahankan kedudukan Islam sebagai agama rasmi seperti yang digariskan dalam perlembagaan.

“Seseorang tidak boleh sewenang-wenangnya menterjemahkan ayat-ayat al-Quran sesuka hati tanpa rundingan ataupun perbincangan,” katanya.

Malaysiakini/-

1 ulasan:

Neutronboy berkata...

Yup mesty ikhlas.. bukan nak tarik undi...