08 April 2011

KALAU `WANITA ITU' ISTERI NAZRI, MUSTAHIL NAZRI TIDAK KENAL

04 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

SIAPA orang pertama sepatutnya boleh ditunjukkan video seks yang kununnya melibatkan DS Anwar selain dari pihak Polis? Sudah tentulah isteri beliau iaitu DS Wan Azizah kerana beliau juga mahu menyedapkan hatinya akibat fitnah yang diicipta melalui video berkenaan.

Memang benar, terlalu berat buat DS Wan Azizah serta keluarga untuk menonton video lucah berkenaan dan sememangnya dari awal beliau telah menolak untuk menontonnya atas alasan ianya jelas satu fitnah, keduanya kerana hukumnya haram disisi agama jika menonton video adegan seks samada tulin atau tidak video itu.

Namun, Alhamdulillah, Allah memberi jalan kepadanya untuk mengesahkan siapa sebenar lelaki berperut boroi dan kadangkala tidak berjanggut itu. Maka, ada tangan yang gatal datang dari mana telah memuat turunkan klip video tersebut ke dalam youtube walaupun dibuat suntingan ke atas beberapa babak terutamanya babak yang memperlihatkan perbezaan susuk tubuh badan DS Anwar.

Apabila DS Wan Azizah dimaklumkan bahawa tiada adegan seks yang terdapat di dalam klip video pada youtube berkenaan, maka beliau bersetuju untuk menontonnya bersama anak-anak beliau. Akhirnya, kepastian diperolehi olehnya dan mengesahkan bahawa lelaki berperut boroi dan lenggang jalan seperti itu bukanlah suaminya.

Apabila ini terbongkar, maka amat menyulitkan pihak yang melakukan konspirasi jahat ini untuk meneruskan kerja fitnah mereka. Hajat dihati mahu melihat DS Wan Azizah melenting atau setidak-tidaknya meletakkan jawatan di dalam politik bersama suami dan anaknya. Isteri mana mahu mempertahankan suaminya yang melanggan pelacur? Anak mana yang mahu membela ayahnya yang bermain kayu tiga dengan ibunya? Adakah DS Wan Azizah lebih pentingkan politik daripada moral keluarganya?

Sehubungan itu, apabila beliau dan anaknya telah memastikan bahawa itu bukan DS Anwar yang amat dikenalinya maka menjadi kewajipan pula baginya untuk mempertahankan suaminya. Apatah lagi beliau pun tahu sewaktu rakaman itu dibuat, beliau serta anak-anaknya berada bersama DS Anwar beserta beberapa pimpinan PKR di rumahnya. Bukti Twitter dan Facebook DS Anwar juga amat kukuh sebagai alibi di dalam kes ini walaupun Utusan Meloya agak bodoh di dalam pengiraan masa 2 jam kununnya DS Anwar hilang di dalam Twitter berkenaan.

Peliknya, seorang menteri bernama Nazri pula `susah hati' dengan kenyataan DS Wan Azizah yang menolak tuduhan ke atas DS Anwar. Mengapa beliau susah hati sangat? Adakah beliau berharap sangat lelaki boroi itu adalah Anwar? Nazri Aziz berkata," Wan Azizah tidak cekap bagi kenal pasti (lelaki dalam video) kerana ia pasangannya,” kata Nazri sambil menambah terdapat percanggahan kepentingan dalam perkara tersebut (Malaysiakini).

Wahai Nazri, untuk mengenal suami sendiri tidak perlu cekap. Perlu kepada cekap adalah menangkap Rahim serta `three strooges' yang mengaku menayangkan video lucah yang tulin itu di Sri Carcosa. Perkataan `cekap' ini harus Nazri tujukan kepada KPN bukan DS Wan Azizah. Seandainya wanita yang melakukan adegan di dalam video tersebut mirip wajah isteri Nazri, mustahil Nazri tidak kenal, bukan?

Cukuplah semuanya ini. Sehingga kini semakin ramai yang tidak percaya apa yang mereka lakukan terhadap DS Anwar. Usah ditegak benang yang basah. Kita tunggu siasatan Polis untuk mengenalpasti siapa lelaki boroi itu, sementara itu juga kita tunggu sejauh mana geng `three strooges' ini mahu diselamatkan atas kesalahan menayangkan video lucah.

Oleh: WFAUZDIN NS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pada tanggapan beliau hanya datuk yg cekap dlm mengenalpasti pelakon video tersebut.

Qaseh Bonda berkata...

Benda dah sah2 tak betul, buat apa nak susah2 tubuh suruhanjaya. Ingat free ka nak tubuh kerja buat depa tu kalau kerajaan tak bayaq kat puak2 panel suruhanjaya ribu ribuan ringgit.

Sudah2lah dok bagi daleh macam budak2 sekolah henry gurney.

Banyak lagi keja polis selain dok penat dah jadi pengampu BN. Muka KPN pun dah ceria.

Kesian!!

.::: mr IQ :::. berkata...

inilah cacamarba dunia...
penat nak melayan semua...