07 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Dalam kesibukan orang lain temasuk bossnya Najib hendap pertahankan Sarawah yang hendak terlepas Khairy berada di Pulau Pinang dengan dipetik sebagai berkata Pemuda Barisan Nasional BN harus memperhebatkan usaha menawan hati golongan muda Pulau Pinang yang menjadi kunci kepada usaha parti itu menawan kembali negeri tersebut.
Menurutnya juga kejayaan menguasai semula Pulau Pinang akan memudahkan usaha BN merampas kembali negeri lain yang kini ditadbir Pakatan Rakyat
Khairy akur dan berkata Pulau Pinang dilihat sebagai kubu kuat Pakatan Rakyat kerana beberapa pemimpin tertinggi mereka adalah anak jati negeri ini
Beliau berada dalam majlis perasmian program ‘Jom Jelajah One Malaysia’ peringkat Pulau Pinang.
Baiklah Khairy balik ke Sarawak dengan segera bersama dengan Najib untuk selamat kan "Pek Mo" yang menghadapi gelombang Tsunami menjatuhkannya. Taib Mahmud sesungguhnya dalam keadaan amat terdesak dengan gelombang kebangkitan rakyat dibandar-bandar seperti kuching, Sibu, Miri dan Bintulu.
2 ulasan:
Macam dulu la jugak. Ada hati nak tawan Kelantan...alih2 Pulau Pinang sudah terlepas. UMNO khususnya pakat jadi lebai malang.
rakyat seharusnya mengajar BN dalam pilihanraya... mereka terlalu sombong dan bongkak dan terlalu yakin bahawa mereka saja yg boleh perintah negara...rakyat perlu teruskan momentum nak jatuhkan BN!!!
Catat Ulasan