11 April 2011

Najib lancar minyak baru namun rakyat mahu harga minyak turun

07Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Datuk Seri Najib Razak melancarkan minyak keluaran Petronas Dagangan Bhd PDB iaitu Primax 95 Xtra yang dihasilkan dari teknologi F1 bagi menggantikan RON95. namun perlulah diingatkan [ersoalan sebenar yang menghantui benak fikiran setiap rakyat malaysia ialah bilakah harga minyak akan naik lagi.

Rakyat malah sangat senang kalau Najib boleh melakukan seperti yang dilakukan oleh PM sebelum ini, Abdullah Badawi yang pernah menurunkan harga minyak.

Ia dilancarkan oleh Perdana Menteri di Menara Berkembar Petronas sempena juga dengan pengenalan baru label PBD iaitu “All The Way” Bagaimanapun harganya sama dengan harga RON95.

Sangat malang bagi rakyat Malaysia yang terus menerus dihimpit dengan kemiskinan bila harga barang terus meningkat naik dengan maksud kuasa beli wang atau pendapatan masing-masing semakin mengecil.

2 ulasan:

sgray berkata...

Jalan kaki atau naik sahaja pengangkutan awam kalau dah rasa tak mampu.Ramai yang masih melakukannya..simpanje kereta dan kenderaan bermotor anda kat rumah ...bila harga minyak turun gunakan semula.

DENGAN itu dapat gak mengurangkan pencemaran udara dan tak menyesakkan jalan raya..

Tanpa Nama berkata...

itu kat cni macamane kat pendalaman serawak?