11 April 2011

Rakyat Sarawak perlu berubah untuk selamatkan Sarawak

07 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

PARIT BUNTAR, 11 April : Ketua Penerangan PAS Perak, YB Drs. Khalil Idham Lim berkata, pemimpin BN bertungkus lumus menyampaikan masej berunsur penipuan kepada rakyat dengan mengatakan bahawa Negara tidak memerlukan revolusi sambil menyifatkan ia adalah tindakan terdesak bagi menutup liabiliti BN Sarawak iaitu Taib Mahmud dan kroni.

“Negara telah mengamalkan sistem demokrasi sejak merdeka, dan pilihanraya adalah jalannya rakyat memilih pemimpin, persoalannya adilkah caranya sehingga media diperkuda sedemikain rupa” katanya ketika ditemui di sini.

Tambah beliau rakyat Sarawak mesti memilih jalan untuk menukar kerajaan dan itulah jalan terbaik kerana Sarawak perlu pembelaan wajar dan adil, mereka mesti menghentikan kerja pemimpin BN yang hanya menyalurkan kekayaan negeri kepada kepada kroni dan elit BN sahaja.

Beliau juga mengulangi kehairanan dengan janji pemimpin BN yang berjanji boleh berubah yang dilaung-laungkan setelah tiga puluh tahun mentadbir Sarawak , "mengapa baru sekarang berjanji mahu berubah". Soalnya

“Janji yang boleh ditunaikan dalam masa tidak sampai setahun tidak boleh dilunasi selama puluhan tahun , BN gagal sebenarnya, lalu kegagalan mereka ditutupi dengan janji baru setiap kali pilihanraya,” katanya.

"Jika benar BN mahu berubah, mereka boleh berubah sejak dahulu, kerana itu semua janji politik yang bertujuan untuk menarik hati pengundi Sarawak 16 april ini yang bersifat sementara sahaja dan mesti ditolak oleh pengundi" Tegasnya.

Beliau yang juga Adun Titi Serong berkata bahawa Rakyat Sarawak yang telah didedahkan dengan maklumat dan isu terkini tentunya bijak menilai situasi Negara dan Sarawak yang sedang ditadbir oleh kerajaan yang BN yang zalim.

“Modal kempen mereka cuma janji pembangunan, selepas PRN ini jika BN menang, rakyat akan dilupakan,” katanya.

“BN telah merosakkan Sarawak, hutan telah dibotakkan, tanah serta harta negeri milik rakyat diambil dan berpindah milik kepada Taib Mahmud dan kroninya,” jelasnya.

“Slogan transformasi sebetulnya terletak kepada undi rakyat Sarawak dengan menukar kerajaan negeri BN kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat,” katanya.

Pakatan rakyat telah membuktikan dapat memimpin dengan baik di 4 negeri di semenanjung, dan pernah 11 bulan di Perak, kemajuan tersebut telah mendahului negeri-negeri yang diteraju oleh BN.

“Di Kelantan sendiri, setelah dua puluh tahun ditadbir Pakatan Rakyat, hutang negeri Kelantan adalah diantara yang terendah dicatatkan berbanding negeri yang ditadbir BN,” ujarnya.

“Kepada rakyat Sarawak, 16 april bukanlah medannya untuk memberi peluang kepada BN untuk ke sekian kalinya, hari tersebut adalah penentu kepada kerajaan negeri yang baru di bawah pakatan Rakyat ,” jelasnya.

“Kita ketahui Sarawak adalah negeri yang kaya dengan khazanah semula jadi yang tidak terhitung banyaknya, dan selama ini kekayaan tersebut hanya disalurkan kepada Taib Mahmud dan kroninya sahaja,” katanya.

"Kita menjanjikan agihan kekayaan negeri yang masih ada kepada rakyat berbilang bangsa dan kaun di Sarawak" katanya.

“Inilah masanya rakyat Sarawak perlu berubah untuk selamatkan Sarawak ” katanya

Oleh : Hafizi Pauzi

Tiada ulasan: