06 April 2011

PAS jangka sokongan wanita meningkat

02 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

KUCHING, 6 April: “Sokongan wanita dijangka meningkat bila mana PAS dilihat berjaya meningkatkan taraf wanita dengan menurunkan calon muslimat,” kata Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli.

Menurutnya, PAS mempunyai harapan dengan menampilkan calon baru berbanding calon Barisan Nasional dilihat daripada sokongan penyokong yang terdiri daripada pelbagai kaum Bidayuh, Iban, Cina dan Melayu.

Beliau yang juga ahli Parlimen Kuala Krai mengiringi calon PAS bagi Dun Tanjong Datu, Nani Sahori.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengetuai perarakan calon PAS di Dun berkenaan yang turut disertai Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh bersama hampir seratus penyokong yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Cuaca yang mendung dengan suasana yang tenang di hari penamaan calon juga telah memberi keselesaan kepada kedua-dua penyokong yang berada di luar Pagar Dewan Masyarakat Lundu.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: