06 April 2011

Parit Buntar : Pemuda dan Muslimat Dapat Ketua Baru

1 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Parit Buntar - Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Parit Buntar yang telah bermesyuarat baru-baru ini telah melantik ketua serta jawatankuasa baru bagi sesi 2011-2013. Untuk jawatan tertinggi, pemilihan ketua, timbalan ketua dan naib ketua telah dibuat secara syura di dalam majlis mesyuarat khas dewan masing-masing.

Untuk Dewan Pemuda ia akan diterajui oleh Dr Muhyiddin Ibrahim sebelum ini merupakan Timbalan Ketua. Untuk jawatan Timbalan Ketua disandang oleh Hairul Nizam Ishak yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Penerangan, manakala Syahrin Md Daud kekal sebagai Naib Ketua Pemuda. Untuk jawatan ahli jawatankuasa, lapan orang telah dipilih iaitu Abdul Halim Yahaya, Adnan Abdul Rahim, Johari Asyraf Mohammad, Reduan Osman, Nazarudin Rashidi, Ahmad Amir Abdullah dan Abdul Malik Hisham.

Dewan Muslimat pula diketuai oleh Rahimah Osman yang sebelum ini merupakan Naib Ketua. Untuk jawatan Timbalan Ketua adalah Rosnah Abu Bakar, manakala jawatan Naib Ketua disandang oleh Norijan Omar .Lapan jawatankuasa yang dipilih adalah Athirah Ibrahim, Izan Aqilah Mohamad, Zabariah Mat Amin, Azizah Awang, Sumaiyah Ali, Salina Osman dan Hashimah Hashim.

Di dalam mesyuarat agung baru-baru ini, Ketua Muslimat, Rahimah Osman, telah menyeru kepada semua jawatankuasa serta perwakilan agar terus istiqamah dalam perjuangan dan menuntut supaya jentera pilihanraya muslimat dapat diperkasakan bagi mempertahankan kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat di Parlimen Parit Buntar, DUN Titi Serong dan DUN Kuala Kurau.

Manakala Ketua Pemuda, Dr Muhyiddin di dalam ucapannya berharap seluruh ahli pemuda PAS di Parit Buntar dapat membina sahsiah yang baik serta menjaga perilaku supaya nama baik parti dapat terus dijaga. Beliau juga mahukan organisasi pemuda diperingkat cawangan diperkuatkan dan bersiap siaga untuk bekerja untuk memenangi dalam pilihanraya umum tidak lama lagi.

Antara perwakilan yang hadir

Barisan kepimpinan DPPK PB

Telus dan bersih

Perbahasan usul

Penghargaan buat Ketua Pemuda DPPKPB bagi sesi 2007- 2011


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kenapa pemuda dan muslimat saja yang dapat ketua baru?, Saya cadangkan kita ganti semuanya baru, YDP baru calon ahli perlimen baru,calon Adun baru. Barulah syok macam naik kereta baru, yang lama tu hantar saja ke muzium atau tempat baru syes...............syoknya.