06 April 2011

Quran dibakar dalam masjid di Malaysia

02 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

1 dari setiap 5 orang di Malaysia ini berpotensi gila atau sakit mental. Jika rakyat Malaysia 27 juta orang, bermakna 5.4 juta orang rakyat kita ada potensit gila atau sakit mental. Rakyat sekarang hidup dalam keadaan tertekan, stress yang amat sangat, media menggila ulas isu politik dan video lucah. Usaha dakwah secara sukarela terlalu sedikit, khutbah Jumaat lesu dan mengantukkan.

Berita sebelum ini Lelaki Gila rempuh Masjid dan kaitannya dengan Khutbah Jumaat di http://waghih.blogspot.com/2011/03/lelaki-gila-rempuh-masjid-dan-khutbah.html

SELAMATKAN UMAT INI

Lelaki gila bakar al-Quran ditahan
Harian Metro 6 April 2011

KLANG: Misteri kejadian al-Quran di masjid Kampung Johan Setia, dekat sini, dibakar terjawab selepas polis menahan seorang lelaki disyaki kurang siuman, semalam.

Lelaki berusia 45 tahun itu ditahan selepas penduduk dan ahli jawatankuasa (AJK) masjid mengesyaki dia melakukan perbuatan itu berikutan pernah dilihat membuang dan membakar surah Yasin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi semalam, siak masjid berkenaan ternampak senaskhah al-Quran dan kalendar dilekatkan pada dinding masjid mempunyai kesan terbakar ketika memasuki masjid berkenaan untuk solat Subuh.

Katanya, suspek dipercayai menggunakan pemetik api untuk membakar naskhah al-Quran yang diletakkan di atas permaidani di masjid itu.

“Ketika ditemui, api sudah padam, tetapi naskhah al-Quran itu masih berasap. Menurut siak masjid, pintu pagar masjid berkenaan dikunci, tetapi pintu masjid tidak berkunci.

“Kejadian itu dilaporkan nazir masjid pada jam 9 pagi tadi (semalam),” katanya di sini, semalam.

Mohamad berkata, tangkapan terhadap lelaki yang dipercayai kurang siuman itu dibuat kira-kira jam 11.30 pagi semalam di rumahnya di kampung sama. Jarak rumah suspek dengan masjid itu kira-kira 100 meter.

Katanya, siasatan awal terhadap lelaki itu mendapati dia tidak mempunyai rekod kesalahan lampau, tetapi lelaki itu ditahan berikutan keterangan AJK masjid berkenaan mengenai perbuatannya sebelum ini, selain suspek pernah membakar motosikal seorang lelaki warga asing yang menetap di kampung berkenaan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Lelakigilabakaral-Quranditahan/Article/index_html

Tiada ulasan: