18 Jun 2011

Akibat karikatur : Kelantan haramkan Utusan Malaysia

16 Rejab 1432H. [MOD] -

KOTA BAHARU - Kerajaan Kelantan hari ini mengharamkan akhbar Utusan Malaysia daripada membuat liputan acara yang melibatkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuatkuasa serta merta.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Fadzli Shaari berkata, keputusan itu dibuat berikutan penyiaran karikatur yang disifatkan menghina agama Islam berhubung isu rogol dan zina, yang disiarkan dalam akhbar berkenaan.

Katanya, surat rasmi oleh Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Urusetia DUN akan dikeluarkan dalam masa terdekat mengenai perkara itu.

"Tindakan itu akan berterusan sehinggalah pihak akhbar berkenaan memohon maaf secara rasmi atau menarik balik penyiaran karikatur berhubung isu itu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Semalam, Pas melancarkan kempen 'Boikot Utusan Malaysia' kerana mendakwa akhbar itu menghina agama Islam menerusi karikatur yang disiarkan pada Rabu lepas.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Utusan Meloya ni bagi percuma pun saya tak terima,

MARTOIRIAT berkata...

Amat dialu-alukan Kerajaan Kelantan mengharamkan Utusan adalah satu langkah yang wajar dan perlu diambil tindakan diatas Propaganda jahat sebagai lidah syaitan yang sering memutar belit hukum hakam Agama Islam.

Tanpa Nama berkata...

Siapa ye yang ucap "dia tidak ade telinga, takde mata, macam besi". He..he..he..

Tanpa Nama berkata...

ALLAH HU AKHBAR

ALLAH PANJANGKAN UMOR BAGINDA TUANKU UNTUK MEEMRINTAH KELANTAN

ALLAH HU AKHBAR

ALLAH PANJANGKAN UMOR TOK GURU NIK AZIZ UNTUK TERUS MEMIMPIN KELANTAN

Tanpa Nama berkata...

Saye nak tanye siapa ye yang ucap "dia tidak ade telinga, takde mata, macam besi" Renung-renungkan. Assalamualaikum.