25 Rejab 1432H. [MOD] -
Ketua Penerangan Pas Pusat Idris Ahmad dalam blognya menyatakan tuduhan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bahawa penganjur Bersih 2.0 sebagai pengkhianat perjuangan rakyat adalah tidak tepat.
"Persoalannya, siapakah pengkhianat sebenar? Kenapa Bersih 2.0 yang didokong oleh NGO dan parti-parti politik bertegas mahu berhimpun pada 9 Julai ini, katanya lagi.
Beliau turut mengingatkan Muhyiddin yang menganggotai penganjur Bersih bukan mereka yang bodoh dan hanya menurut kata oleh mana-mana pihak. Jika mereka mahu mencari jalan selamat dan selesa lebih baik mereka menyertai Perkasa dan Pemuda UMNO yang sentiasa mendapat perlindungan daripada pihak pemerintah.
"Apakah salah sebagai rakyat yang hendak menuntut pilihanraya yang adil seperti penggunaan dakwat, menghapuskan undi pos. Kenapa kerajaan berdolak dalih? Susah sangatkah hendak laksanakan. Jika
kerajaan tidak bersedia untuk menerima tuntutan rakyat, maka sahlah kerajaan BN yang mengkhianat rakyat.
"Oleh kerana rakyat sayangkan negara daripada mala petaka buruk kerana pencabulan demokrasi maka mereka sanggup turun ke perhimpunan Bersih. Sepatutnya beliau tidak boleh menuduh perserta himpunan Bersih khianat kepada keamanan negara.
Menurutnya lagi, kerajaan sepatutnya lebih matang untuk mempertingkatkan ketelusan perjalanan pilihanraya dan usaha penambahbaikan perjalanan pilihanraya. Apabila pihak kerajaan melihat amarah rakyat ketika Bersih 10 November 2007 lalu yang dihadiri lebih 100 ribu orang.
sinarharian/-
2 ulasan:
Perkasa dan Ketua pemuda UMNO pengkianat sebenarnya...Bapa pengkhianat BN/UMNO
kita tggu dan lihat.... belum lagi perhimpunan BERSIH bermula... sdh mcm2 kita dengar ugutan melalui sms @ risalah kepada BN. adakan itu dari pihak ketiga yg sengaja mengambil kesempatan dari pergolakan sekarang ini @ sengaja di buat2... renung2 kn lah...
Catat Ulasan