27 Jun 2011

Tak masuk akal pakai baju Bersih nak guling Agong

25 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Pemuda PAS Pusat menyifatkan dakwaan yang mengatakan bahawa aktivis PSM mahu memerangi Yang di-Pertuan Agong adalah sangat melucukan.

“Bagaimana mereka boleh memerangi Yang di-Pertuan Agong hanya dengan menaiki bas tanpa senjata dan bergerak secara terbuka di tempat awam.

“Sangat tidak masuk akal dengan persiapan membawa baju, risalah, bendera dan pembesar suara sahaja boleh menggulingkan Yang di-Pertuan Agong,” kata Pengerusi Pemulihan Demokrasi Dan Mobilisasi Rakyat Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, jika usaha seumpama itu boleh mengulingkan Yang di-Pertuan Agong maka tahap keselamatan negara kita adalah sangat lemah.

Mdenurutnya, jika benar mereka berniat sedemikian tentulah mereka telah mempersiapkan diri dengan senjata, alat komunikasi yang canggih, kenderaan kalis peluru dan lain-lain lagi.

Beliau menyuatakan demikian sebagai mengulas pihak polis telah menahan 30 orang aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) di Plaza Tol Sungai Dua Pulau Pinang, kelmarin mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana didakwa berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong.

Mereka ditangkap ketika menaiki bas bagi kempen menyokong Himpunan Bersih 2 pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur. Antara yg ditangkap adalah Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr S Jayakumar Devaraj.

Dalam tangkapan itu polis telah menjumpai 28 helai pakaian warna hitam dan merah tertera nama dan gambar bekas pemimpin Parti Komunis Malaya(PKM) iaitu Chin Peng, Abdullah CD, Rashid Maidin dan Suriani Abdullah.

Turut ditemui 7,000 risalah PSM, 600 risalah Himpunan Bersih 2, 25 naskah sosialis, satu set pembesar suara, 15 bendera PSM dan bebarapa helai baju T.

Mereka dituduh membawa faham komunis ke negara ini dan mahu memerangi Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Suhaizan, fahaman dan gerakan komunis bukan lagi menjadi ancaman kepada negara.

Katanya, mereka telah meletakkan senjata dan sudah menjadi masyarakat sivil sekarang.

“Perjuangan komunis sudah menjadi bahan sejarah dalam negara kita,” katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Johor.

Katanya lagi, PSM mengiktiraf sumbangan parti-parti berhaluan kiri yang secara tidak langsung menyumbang kepada kemerdekaan negara.

Pengiktirafan PSM itu, ujarnya adalah hak mereka yang perlu kita hormati.

“Soalnya adakah pengiktirafan kepada perjuangan parti-parti berhaluan kiri sebelum merdeka boleh dianggap mengembalikan fahaman komunis yang sudah menjadi bahan sejarah?

“Apakah pengiktirafan seumpama ini boleh dianggap memerangi Yang di-Pertuan Agong?” soalnya.

Katanya, jika mereka mahu memerangi Yang di-Pertuan Agong apa perlunya mereka menghantar memorandum pada Himpunan Bersih 2.

Beliau berkata, Dewan Pemuda PAS sangat yakin bahawa tuduhan yang dikenakan kepada aktivis PSM adalah tuduhan yang direka semata-mata untuk menyekat kemaraan rakyat yang akan turun dalam Himpunan Bersih 2.

“Dewan Pemuda PAS Pusat mendesak semua aktivis PSM tersebut dibebaskan dengan segera.

“Berikan mereka hak untuk bersuara dan berhimpun tanpa senjata seperti yang telah dijamin oleh perkara 10 Perlembagaan Malaysia,” katanya lagi.

aziz muda
harakahdaily/-

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

malaysia sudah mahu perangkah ? kami generasi baru menyeru semua lapisan masyarakat berfikirlah guna otak yang waras... x perlu nak berdemo-demo? selama ini tak amankah malaysia kita ini?

Tanpa Nama berkata...

selagi orang bodoh terlalu ramai di malaysia jangan harap pr nak menang pilihanraya.

Tanpa Nama berkata...

Aman dari perang senjata..tapi rakyat malaysia dok perang dengan ekonomi(duit ler) dan sahsiah(perangai) yang makin meruncing..apa jadi zaman anak2 kita nanti?berapa ramai remaja islam yang tak solat??
Ulamak ada berkata kalau nak tengok masa depan sesebuah negara sila tengok keadaan pemuda-pemudi zaman sekarang...fikirkan tanpa perasaan prejudis kepada sesiapapun..

amatMok berkata...

Memang lah tidak masuk akal. Sebab ada otak sahaja tak ada akal!

Mat Bulan berkata...

Malaysia aman...Sebab tu nak ada Himpunan bersih 2.0 ..nak minta pilihan raya yang adil...sebab aman kita nak berhimpun...kalau huru hara cam ner nak buat himpunan...guna akai la sikit Tanpa Nama di atas. Berhimpun secara aman memang mengikut lunas demokrasi dan dibenarkan oleh perlembagaan...Malaysia

the L berkata...

tanpa nama atas skali 2 mmg tenuk.. "eei! lu mau kena SENNNGGGAAAATT??!" demo secara aman koot n nk berhimpun je pon.. awat smpai nk bwk polis dgn tear gas?? kpla bapak dorg!