09 Jun 2011

Nik Aziz sedia tunjuk surat Mahathir

7 Rejab 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah individu yang bertanggungjawab sepenuhnya menolak pelaksanaan hukuman hudud yang ingin dikuatkuasakan Kerajaan Kelantan.

Sambil mempersoalkan kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa pemilihan Pas, baru-baru ini, dimenangi secara tidak langsung Pengerusi DAP, Karpal Singh, Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau mempunyai bukti kukuh Dr Mahathir yang menolak hasrat Pas untuk memartabatkan hukum Islam itu.

“Seingat saya orang yang menghantar surat kepada Kerajaan Kelantan agar tidak melaksanakan hudud satu ketika dahulu namanya ialah Dr Mahathir Mohamad, bukannya Karpal Singh.

“Barangkali orang yang bernama Dr Mahathir ini sudah lupa, untuk tujuan mengingatkannya saya boleh tunjukkan surat itu, ia masih ada dalam simpanan saya,” katanya melalui laman Facebook.

Sebelum ini, Dr Mahathir dalam nada sinis mendakwa, perjuangan Karpal supaya Pas menggugurkan matlamat penubuhan negara Islam dilihat berjaya apabila pemimpin baru parti itu tidak dikuasai ulama.

Karpal antara pemimpin DAP yang lantang mengkritik Pas menubuhkan negara Islam termasuk hukum hudud dengan mengeluarkan kenyataan “langkah mayatnya dulu” sebelum mahu laksanakan.

Untuk rekod, Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993. Bagaimanapun sehingga kini ia belum dilaksanakan.

Sinar Harian/-

5 ulasan:

wali berkata...

Hah sekarang apa komen situa nyanyuk tu?? Ludah dah jatuh kat muka sendiri. Tu lah dah tua nyanyuk, pelupa pulak lepas tu nak cakap banyak. Betul kata karpal, situa tu dah patut tobat nasuha, jantung dah byk kali kena grembal, otak dah karat apa lagi situa ni nak kat dunia ni. Cukup2 la jangan sampai besok kubur pun tolak mayat dia, jawab kena bakar manusia yg bernama mahathir a/l mamak kutty.

Aliffnajmi berkata...

Lambat sgt! Tak payah nak sandiwara lagi.
Blogger2 pro UMNO dah siarkan surat tun M tu.

Tanpa Nama berkata...

kalau orang agama pun dibohongi apa lagi melayu bodoh, cina pendatang dan india penjenayah, kalau dia kata dia tak pernah makan duit rakyat, kita percaya lah, apa boleh buat

Tanpa Nama berkata...

aliffnajmi mungkin kamu tidak mengenali tuan guru nik aziz dengan mendalam...tuan guru bukanlah seorang yg suka bersandiwara seperti pemimpin2 umno... terus terang saya katakan saya tidak pernah melihat pemimpin Malaysia yang sejujur Tg Nik aziz...tujuan TGNA tidak menyiarkan surat Tun M adalah kerana tidak mahu membuka aib Tun M... tetapi nampaknya Tun M yang memaksa TGNA membuka aibnya sendiri... saya tidak pernah percaya pada blogger umno kerana mereka semaunya diupah oleh umno dan mereka sanggup lakukan apa saja demi wang termasuk memfitnah... orang yang berakal pasti boleh membezakan antara fitnah dan nyata...

Tanpa Nama berkata...

TGNA adalah diantara species yang jarang2 dijumpai di negara ini. Dimana pemimpin2 lain wajar menteladaninya. Sebelum sesiapa sahaja berburuk sangka terhadapnya, ukur diri sendiri dulu.