13 Julai 2011

BERSIH 2.0: Pelajar saksi warga tua dihenyak polis

10 Syaaban 1432H. [MOD] -

Seorang pelajar berkata beliau melihat seorang warga emas terjatuh dan dihenyak oleh polis ketika sepasukan lebih 100 orang anggota berkenaan menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0 berhampiran menara KLCC pada Sabtu lalu.

Pelajar berkenaan berkata, warga emas berkenaan mungkin merupakan individu yang meninggal dunia selepas dibawa ke hospital selepas terjatuh semasa perhimpunan itu berlaku.

"Saya rasa itulah pakcik yang meninggal itu. Saya nampak dia jatuh, kemudian saya nampak polis tengah hurung dia, tapi itu saya tak sempat rakam sebab saya tengah lari.

"Saya tak pasti tapi saya rasa dialah. Orang itu memang kena lanyak," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Ketika ditanya, pelajar itu berkata beliau tidak melihat sekiranya polis telah menendang lelaki terbabit, "tapi saya rasa polis henyak dia. Tak mahu bagi dia bergerak."

Individu berkenaan, Allahyarham Baharudin Ahmad menjadi perhatian apabila ia dikaitkan dengan dakwaan keganasan yang dilakukan polis ketika menyuraikan kumpulan yang berhimpun di sekitar ibu negara pada Sabtu lalu.

Polis setakat ini menyatakan bahawa Allahyarham Baharudin meninggal dunia akibat penyakit jantung, namun sebab sebenar kematian lelaki berkenaan masih menimbulkan tanda tanya.

Dalam kejadian pada petang itu, saksi mata tersebut berkata, beliau melihat kedua-dua tangan warga emas itu dipegang oleh anggota polis yang turut menghenyak lelaki tua berkenaan ke permukaan jalan.

"(Warga tua itu) dah jatuh, kemudian polis hurung dia. Saya nampak macam mereka henyak dia, saya nampak macam guna kaki. Yang saya nampak polis ada lima orang polis yang hurung," katanya lagi.

Pelajar berkenan juga berkata, beliau tidak melihat sama ada mangsa berkenaan berjaya melarikan diri ke bangunan Avenue K yang terletak kira-kira 200 meter daripada persimpangan berkenaan, seperti dilaporkan sebelum ini.

Ketika ditanya, beliau juga tidak dapat mengesahkan sama ada polis telah melepaskan gas pemedih mata sebelum menyerbu ke arah kumpulan yang berhimpun itu.

"Gas (pemedih mata) saya tak perasan sebab saya dah lari," kata pelajar berusia 19 tahun itu lagi yang menambah, kejadian berkenaan berlaku selepas polis berkenaan menggempur sekumpulan lebih 1,000 orang yang menyertai perhimpunan berkenaan.

Kumpulan berkenaan berhimpun di tengah-tengah persimpangan Jalan Ampang – Jalan Yap Kwan Seng – Jalan P Ramlee.

Selain warga emas tersebut, beliau turut melihat beberapa orang lagi turut terjatuh selepas sekumpulan anggota polis berpakaian seragam menyerbu kumpulan yang menyertai perhimpunan tersebut.

Kumpulan polis berpakaian seragam itu mara dari barisan belakang sekumpulan anggota FRU yang membentuk halangan di Jalan P Ramlee, berhampiran persimpangan berkenaan.
Pada masa itu juga, sepasukan polis dan FRU membentuk halangan di hadapan SJKC Lai Meng, di bahagian barat Jalan Ampang.

Difahamkan, polis pada masa itu bertindak untuk menyuraikan kumpulan berkenaan – yang bergerak daripada kawasan Kampung Baru – ke arah timur Jalan Ampang dan juga Jalan Yap Kwan Seng.

malaysiakini/-

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Maha Suci ALlah, sekiranya benarapa yang di nyatakan dan sesungguhnya ENGKAU Maha Mengetahui hambaMU yang manjadi mangsa itu hendak mempertahankan haknya sebagai rakyat dari terus dikhianati serta di zalimi oleh penguasa yang bernama KERAjaan Barisan Nasional. maka kami merayu agar ENGKAU segerakanlah balasan ke atas KERAjaan yang mengarahkan, pasukan keselamatan yang telah menjalankan arahan itu dan pendokong parti mereka dengan balasan yang lebih dahsyat dari apa yang mereka telah lakukan, ya ALlah. Kami amat merindui janji dan pertolonganMU ya ALlah.

Tanpa Nama berkata...

tunngu balasan di hari pembalasan nanti pada sang polisumporno, kami tuntut nnti. di kala itu tidak bergunalagi pistol dan chota yang kamu guna.. ingat azab api itu maha pedih lagi membakar.

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah jadi warga tua, kenapa tak berakal pergi perhimpunan Bersih. Lagi baik buat ibadah dirumah atau bermain dengan cucu.

Inilah akibatnya, kemudian salahkan pihak polis. Pelajar yang nampak, kenapa tak pergi tolong kerana hendak menyelematkan diri sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Dengan Nama Allah yang maha Berkuasa.
Orang Islam lebih mengutamakan musyawarah dari menunjukkan taring. Sebab itulah orang bukan Islam menerima Islam bila ianya dibawa oleh Pedagang India dan Arab dulu. Mereka berdakwah secara Hikmah.
Kita tidak perlu membawa Islam ke kancah kemudaratan lantaran tindakan kita. Agama lebih utama dari apa yg kita percaya.

Baik kita lihat mengapa Allah masih memberi peluang mereka memerentah sedangkan banyak perkara yg dikatakan tidak betul. Di samping kita kritik mereka, lihat juga kita. Kritik diri untuk mengesakan Allah.

Wasallam.

Tanpa Nama berkata...

Post-mortem kedua wajar dilakukan dengan seliaan pakar forensik yang boleh dipercayaai. Biar tubuh mangsa berbicara tentang apa yang berlaku pada hari kejadian.

Tanpa Nama berkata...

kalau benar bagai dikata insyaAllah aku akan bgn di tgh mlm melakukan SOLAT SUNAT HAJAT dan Tahajjud memohon belas ikhsanMu ya Allah smuga kerajaan yg zalim ini kau hapuskan dari muka bumiMu ini, Ya Allah aku merafakkan sembah doaku pd Mu utk org yg di zalimi khususnya hambaMu yg bernama Baharudin Ahmad ( Allahyarham )yg telah pun kembali kpdMu krn menuntut keadilan, ketelusan dari segala penipuan kau cucuri lah RahmatMu ke atas roh Allahyarham dan juga kupohonkan akan kebesaranMu ya Allah smuga penguasa2 yg bertindak ganas ini dan tiada adab sopan kpd org yg lebih tua darinya semata2 krn mrk itu polis dan ada kuasa yang Kau amanahkan tp mrk tidak memegang amanah tersebut krn taat kpd pemerintah yg zalim smuga ada balasan utk mrk2 ini Ya Allah. kami tahu Ya Allah sesungguhnya mrk tidak akan terlepas di akhirat kelak krn itu adalah janji2Mu terhadap org2 yg ZALIM1 dan kami pohon juga smuga mrk merasai kebesaranMu di dunia ni jugak.

Tanpa Nama berkata...

"Tanpa Nama berkata...
Kalau dah jadi warga tua, kenapa tak berakal pergi perhimpunan Bersih. Lagi baik buat ibadah dirumah atau bermain dengan cucu."
Maha Suci Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui siapa yang berakal antara warga tua ni dgn kau..

Tanpa Nama berkata...

Sebab beribadah untuk menegak yang hak dan menentang kemungkaran maka dia pergi... Jika syahidnya diterima Allah beruntunglah ahli keluarganya.

Tak kena pada Anon 7:16 tak apalah... esok kalau kena pada kamu dan keluarga kamu tolong bela dan angkat polis tinggi-tinggi ye, katakan padanya 'Pukul lebih kuat lagi... biar patah tulang belakang anak aku... tolong hentak kuat-kuat kepala bapa dan mak aku, tolong tampar isteri aku kuat-kuat, dan tolong bunuh aku.... kamu semua adalah polis yang baik'. Tidak mustahil bagi mereka untuk menyusahkan kamu, sedangkan rakyat yang hadir cara aman lagi dipukul, inikan pula pembela keparat.

Jangan main-main dengan polis yang diresapi dengan semangat Pavlov... dia akan bertindak seperti yang diajar apabila loceng dibunyikan.

Tanpa Nama berkata...

Cakap tu baik baik sikit....
Ibnu abbas ra,semasa pergi menyertai perang
membebaskan constantinople pun masa dia dah tua...dan syahid

bunbinban berkata...

minda sempit org umno. lebeh baik korang jadi lembu. hidup cukup makan minum beranak tidur bebas....lebeh baik lembu dari korang pencacai umno sbb lembu takde akal tapi manusia punya akal utk berfikir. UMNO akan tumbang, tetap akan tumbang, cepat atau lambat je. Masa tu, pencacai umno akan di tinggal oleh pemimpin mereka sbb KERAJAAN RAKYAT akan pastikan salah laku, rasuah dan sebagainya yg di lakukan oleh pemimpin umno di adili di mahkamah. Kalau kerajaan yg baru bertindak memaafkan petualang2 ni, maka kami 'KERAJAAN RAKYAT' akan memberi kata dua, ambil tindakan atau turun dari kerusi pemerintah. 'KERAJAAN RAKYAT'