27 Julai 2011

Hasil arak hilang rahmat Allah

25 Syaaban 1432H. [MOD] -

Merujuk kepada laporan Harakah dan turut disiarkan oleh akhbar The Star (Isnin 23 May 2011) atas tajuk: Malaysia di antara 10 negara seluruh dunia yang terbanyak peminum arak, walaupun penduduk dan keluasannya boleh dikatakan kecil.

Juga dirujuk kepada berita laman web yahoo bertarikh 2 Jun 2011 Happy hours and other ways to get cheap(er) drinks in Kuala Lumpur ... It is often more expensive to get a drink in KL (http://www.thesocial.com.my/), dan tajuk laporan ‘Twenty One Kitchen and Bar, Travel Stories about Malaysia.

(Malaysia.travel.yahoo.com/inspirations/310-happy-hours-and-other-ways-to- get-cheaper-drinks-in-kuala-lumpur), Petikan ayat pertamanya, "It is often more expensive to get a drink in KL than in notoriously expensive cities like London and New York. Hefty government taxes are partly to blame, but many bars and restaurants contribute to the problem by having extremely high mark-ups.

Yang terbaharu laporan Harakahdaily bertarikh 26 Julai 2011, ‘Gesaan Gabungan Pertubuhan NGO Islam Malaysia (ACCIN) meminta pihak kerajaan supaya menangani dengan serius isu penjualan arak tanpa kawalan yang sedang berlaku di dalam negara’.

Berdasarkan rujukan di atas, adalah amat malang, zalim, mengaib dan amat memalukankan, kerajaan yang diterajui Umno/ BN dengan bangganya demi survival politik, mendakwa Malaysia sebuah negara Islam, telah mendedahkan kepada kemurkaan Allah di samping mengaib serta memalukan seluruh rakyat Malaysia dimata dunia atas sebab berikut;

1- Malaysia telah tersenarai 'top ten' peminum arak (termasuk bir) tertinggi dunia.

2- Amat banyaknya RM cukai yang dipungut dari hasil arak, maka hilanglah keberkatan dan rahmat dari Allah swt, bilamana punca pendapatan haram dibelanjakan untuk urus-tadbir dan bangun negara (negara kebajikan sebeginikah yang difahami oleh pentadbiran PM Najib?). Maka tidak hairan berbagai-bagai gejala akhlak buruk terjadi di Malaysia. Keburukan ini menjalar didalam hampir setiap bidang; politik, kepimpinan, pilihan raya, kehakiman, sosial dan adalah amat panjang untuk disenaraikan kesemuanya.

Jika sekiranya kerajaan Umno BN benar-benar ikhlas, iltizam serta ada keperihatinan serta secebis kataqwaan kepada Allah swt, langkah-langkah awal dan segera berikut sepatutnya boleh dilaksana dan kuat-kuasakan (termasuk minuman bir);

Pertama, diharamkan segala jenis media mengiklankan dan mempromosi minuman keras. (tidak terkecuali pada setiap kenderaan pengangkut arak)

Kedua, lebel pembungkusan/ pembotolan minuman keras hanya dibenarkan yang bersaiz kecil, misalnya, font yang tidak melebihi size-10.

Ketiga, dimestikan setiap pembungkusan/ pembotolan minuman keras mesti disertakan dengan amaran yang menunjukkan sebagai minuman menjijikkan dan memudaratkan kesihatan dan sosial serta juga bersalahan pada syarak serta juga lain-lain agama.

Kelima, dipamerkan gambar pada setiap pembungkusan/ pembotolan minuman keras akan kesan-kesan buruk dan menjijikkan akibat minum arak, seperti yang dipamirkan pada setiap kotak rokok.

Inilah beberapa langkah awal yang perlu dilaksanakan, jika kerajaan masih ada maruah Islam. Alangkah sesuai dan tepatnya jika desakan ini dipelopori oleh PAS, insya Allah, waLlahua'lam.

harakahdaily/-

1 ulasan:

hussain yaacob berkata...

Saya sokong dengan saranan yang dipaparkan.Persoalan saya ada lah,adakah kita sama-sama dilaknat olih Allah jika sekiranya kita dah tahu sesebuah kerajaan yang telah meluluskan pembinaan kilang arak,memberi kelulusan menjual nya,dan kita pulak terus mengundi kerajaan tersebut.Didalam Al-Quran ada menyebut tentang 10 perkara yang dilaknat olih Allah tentang arak.