27 Julai 2011

Pemuda PAS Bersedia Tawan Parlimen di Sarawak

25 Syaaban 1432H. [MOD] -

Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak telah berjaya mengadakan Ijtima’ Pemuda PAS Neg=ri Sarawak (IMPAK 2.0) pada 23-24 J=lai 2011. IMPAK 2.0 telah diadakan di Markaz PAS Sarawak di Kuching dengan kehadiran lebih 100 orang pemuda PAS Sarawak yang terdiri daripada ahli jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan. Antara kawasan yang hadir adalah Limbang, Miri, Sibuti, Bintulu, Sibu, Sarikie, Lubok Antu, Sri Aman, Samara=an, Batang Lupar, Batang Sadong dan Petrajaya.

IMPAK 2.0 pada kali ini amat bermakna bagi pemfokusan gerak-kerja pemuda PAS Sara=ak terutama selepas Pilihanraya DUN Sarawak yang lepas dan persediaan menghada=i Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Segala kelemahan dalam pilihanraya negeri yan= lepas telah dikenalpasti dan telah dicari cara penyelesaian bagi permasalah=n tersebut.

Menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 yang dijangka sekitar hujung tahun ini atau awal tah=n hadapan, Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak mensasarkan untuk memenangi sekura=g-kurangnya 2 kerusi Parlimen dengan penyusunan gerak-kerja jentera sebelum dan semasa pilihanraya berlangsung. Selain itu, Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Sara=ak akan terus diteguhkan dengan usaha daftar pemilih secara bersama.

IMPAK 2.0 telah dirasmikan oleh Ustaz Nik Abduh Nik Aziz, Timbalan Ketua Pemuda P=S Malaysia dan penutup dirasmikan =leh Saudara Khairul Faizi, Setiausaha Pemuda PAS Malaysia. Turut bersama-sama menjayakan IMPAK 2.0 kali ini adalah Dr Zuhdi Marzuki Pengarah Jabatan Stra=egi Pemuda PAS Malaysia dan Ir. Hj. Khairil Nizam, Bendahari Pemuda PAS Malaysia.

Tiada ulasan: