01 Julai 2011

Jambatan terpanjang di dunia

29 Rejab 1432H. [MOD] -

Papan tanda berbunyi: "Shandong Highway Corp. akan membuka jambatan lebuh raya Shandong Teluk Jiaozhou’’ terpampang di atas jambatan teluk Jiaozhou di bandar Qingdao, wilayah Shandong, kelmarin.

Ia merupakan jambatan terpanjang di atas permukaan laut di dunia yang mula dibuka, semalam. – REUTERS/China Daily

BEIJING - China membuka jambatan terpanjang di dunia merentasi laut - Jambatan Teluk Jiaozhou menghubungkan bandar pelabuhan China timur, Qingdao ke pesisir pulau Huangdao, hari ini.

Jambatan sepanjang 42 kilometer dan selebar 35 meter itu menelan kos melebihi AS$1.5 billion (RM4.5 billion).

Penilaian pembinaan jambatan itu telah diluluskan pada Isnin lalu dan jambatan beserta terowong bawah laut itu dibuka kepada lalu lintas mulai hari ini.

Jambatan yang disokong oleh 5,000 tiang itu mengambil masa empat tahun untuk disiapkan.

Menurut Guinness World Records, rekod jambatan atas air terpanjang sebelum ini dipegang oleh Tasik Pontchartrain Causeway di Louisiana, namun jambatan China ini lebih empat kilometer panjang daripadanya. - Agensi

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bersabar Apabila Dicaci.
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a sedangkan Nabi s.a.w sedang duduk di hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi s.a.w terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi s.a.w tersenyum. Apabila orang itu mencacinya dengan keter...laluan, lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya. Mendengarkan akan jawaban itu, Nabi s.a.w begitu marah, bangun, lalu meninggalkannya.

Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w dibelakangnya dan berkata: Ya Rasulullah s.a.w, apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk dan apabila aku menjawabnya, tuan nampaknya marah dan bangun?

Nabi s.a.w menjawab: Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula, malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan; oleh kerana itu aku meninggalkan kamu.
(Hadis Riwayat Ahmad)

Sebagai umat Islam kita telah diajar oleh Rasulullah saw supaya sentiasa bersabar dan menahan kemarahan kerana dengan tidak bersabar dan marah membuka ruang kepada syaitan untuk menghasut kita. Berdasarkan hadis di atas jelas menceritakan bagaimana malaikat membalas setiap cacian orang terhadap kita. Namun apabila kita membalas cacian tersebut maka syaitan telah mengambil alih dalam usaha untuk menghasut dan

memburukkan lagi keadaan.