03 Julai 2011

Wahai Umno-BN

1 Syaaban 1432H. [MOD] -



Kamu boleh paksa rakyat,
Kamu boleh paksa semua polis,
Tangkap, lokap, siasat ataupun sengaja menyusahkan...

Kamu paksa mereka rampas baju kerana kuningnya,
Kamu paksa mereka tahan penjual kerana kekuningan baju yang dijualnya,
Kamu paksa mereka seret kami ke balai...

Paksalah mereka ikatlah tangan-tangan kami dengan garimu,
Paksalah mereka tembaklah rakyatmu dengan gas yang ada ditanganmu, 
Paksalah mereka semburlah orang-orang kuning dengan air asid itu...
 
Maka puaslah kamu,
Diperdaya oleh ego kuasa buta kamu...

Kerana semuanya ini, 
Bakal mempercepatkan tumbangmu,
Tersungkur di balik kezalimanmu.

Bagi polis yang dipaksa,
Terimalah simpati kami,
Diharap saudara semua boleh kembali bertugas biasa,
Apabila pilihanraya menjadi Bersih dan adil nanti.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
2 Julai 2011

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

firaun yg hebat pun `musnah` dgn izin Allah...sedarlah umno..kamu buat perkara yg salah..kamu zalim..takutlah doa org2 yg dizalimi..jgn sangka kamu hebat sgt...kamu sebenarnya sedar yg kamu dipihak yg salah..bertaubatlah sebelum terlambat..pihak polis yg `rela` dgn tugasan yg diarahkan umno,doa kami moga kamu diberi balasan setimpal...percayalah..doa2 kami sampai kepada Allah..bagi yg tidak `rela` kami mohon agar tuan2 diampunkan...marilah kita bersama-sama melaksanakan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah..bukan hamba kepada makhluk yg menderhaka kepada Allah..kita semua akan kembali kepada Allah..disoal semua kerjabuat kita didunia..kalau kita x mampu mengelak kematian,kita juga xkan mampu mengelak azab Allah yg sgt pedih...