16 Syaaban 1432H. [MOD] -
NEW YORK - Wanita India mendahului senarai golongan paling tertekan di dunia manakala wanita Malaysia berada pada kedudukan ke-16, menurut satu kaji selidik baru-baru ini mengenai tahap tekanan perasaan yang dihadapi wanita.
Wanita di India hidup dan bekerja dalam suasana penuh tekanan, menurut kaji selidik terbaru yang disediakan oleh syarikat media dan maklumat Nielsen. Kajian itu menyelidiki corak membeli dan tingkah laku sosial wanita-wanita di seluruh dunia.
Kaji selidik yang dijalankan di 20 negara membangun dan ekonomi yang baru muncul di dunia, mendedahkan bahawa wanita di seluruh dunia berasa tertekan dengan wanita di negara-negara yang dikatakan baru muncul berdepan dengan tekanan yang hebat berbanding wanita di negara-negara maju.
Wanita India adalah golongan paling tertekan (87 peratus), diikuti oleh Mexico (74 peratus) dan wanita Rusia (69 peratus). Di negara-negara maju, tahap tekanan perasaan tertnggi dihadapi wanita Sepanyol (66 peratus), Perancis (65 peratus) dan Itali (64 peratus).
Wanita Malaysia (44 peratus) berada pada kedudukan ke-16 dengan wanita di Thailand (45 peratus) berada pada tempat ke-15 dengan Korea Selatan (45 peratus). Wanita Asia lain iaitu Jepun (52 peratus) berada pada kedudukan ke-12 dan wanita di tanah besar China (51 peratus) pada kedudukan ke-13.
Menurut “Economic Times” India, antara sebab tahap tekanan tinggi yang dihadapi wanita di negara-negara perindustrian baru (NIC) boleh dianggap sebagai contoh, sejak kebelakangan ini sektor korporat dan pekerjaan di India telah berkembang pesat sedangkan corak peranan tradisional masyarakatnya tidak berubah.
Wanita kerap berhempas pulas dengan norma-norma tradisional dan peranan mereka di zaman moden.
Walaupun wanita di seluruh dunia perlu menjalankan peranan yang berbeza, faktor penentu bagi tahap tekanan yang tinggi yang dihadapi itu disebabkan kekurangan wang, menurut satu ulasan yang dibuat oleh wanita dalam pasaran negara yang berkembang.
Satu sikap yang khusus mengenai wanita India ialah walaupun mereka mempunyai tekanan yang maksimum, mereka membelanjakan wang untuk diri sendiri berbanding di negara-negara lain. Lebih dua pertiga wanita India mengaku mereka membeli produk kecantikan sedangkan 96 peratus menyebut bahawa mereka banyak berbelanja untuk pakaian.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan