16 Ramadhan 1432H. [MOD] -
Dewan Pemuda PAS Pusat (Malaysia) menyangkal dakwaan dangkal
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar yang berkata
tindakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) semasa perhimpunan aman
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) tempohari
membuktikan kecekapan pihak keselamatan menjaga keamanan
Negara apabila beliau mengulas kejadian rusuhan di London
beberapa hari lalu.
Kami ingin menegaskan, bahawa beliau perlulah jelas dalam
membezakan maksud rusuhan dan perhimpunan aman. Amat
dikesali seorang yang berpangkat tinggi (Timbalan Ketua Polis
Negara) tetapi sangat dangkal dalam menterjemahkan perbezaan
tindakan tertentu. Himpunan yang berlaku semasa 9 Julai tempohari
adalah himpunan aman rakyat Malaysia dalam mempraktikan
Perlembagaan Persekutuan Malaysia artikel 10 yang mana ianya
adalah himpunan aman dan terkawal.
Himpunan tersebut juga membawa erti pendokongan rakyat terhadap
kecintaan kepada Negara. Manakala apa yang berlaku di London dan
sekitar England adalah tindakan luar kawal yang tidak mengikut
perlembagaan dan undang-undang Negara mereka dan boleh
dikategorikan sebagai rusuhan.
Kami berasa kagum dengan pendekatan Menteri Dalam Negara Britain, Theresa May yang
menegaskan bahawa kerajaannya akan mengatasi masalah tersebut
dengan diplomasi dan baik dan bukannya dengan cara kekerasan
dan ugutan. Kenyataannya yang tersiar di media cetak dan
elektronik:
"The way we police in Britain is not through use of water cannon,"
"The way we police in Britain is through consent of communities."
As those charged with offences appear in court today, "people will
start to see the consequences of their actions",
Jelas pendekatan yang digunakan oleh kerajaan Britian sangat
berhikmah walaupun kita dapat lihat kejadian di London tersebut
bukanlah himpunan aman mahupun demonstrasi rakyat tetapi boleh
dikategorikan sebagai rusuhan.
PDRM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu memahami
rakyat dan bersikap professional bukan partisan dan bertolak ansur
dalam bermasyaratkat dan menambatkan kepercayaan serta
keyakianan masyarakat.
PDRM dilihat melihat sesuatu perkara
secara seperti himpunan aman itu dari sudut negatif dan buruk.
Menangani himpunan aman dengan ‘water canon’ terlebih dahulu,
perbincangan dan tolak-ansur menjadi agenda kedua.
Oleh itu, kami berharap rakyat Malaysia tidak mudah menyalah tafsir
dalam melihat tindakan tidak wajar pihak polis dalam menangani
kebangkitan rakyat baru-baru ini terutamanya.
RAJA AHMAD AL-HISS
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia.
1 ulasan:
Pada Pandangan Saya:-
Apabila sesuatu yang menyalahi undang-undang itu tidak dipedulikan maka sudah tentulah ada akibatnya.
Mungkin kita tak menerima akibatnya seperti mana pelajar Malaysia yang kena samun semasa rusuhan di London tersebut maka kita boleh berkokok disini.
Oleh kerana kita tak merasa kehilangan orang yang kita sayang seperti mana keluarga pakistan yang kehilanagan orang yang tersayang maka kita boleh berkokok disini.
Mungkin kerana kita tak merasa kerugian dari segi harta mahupun perniagaan maka kita boleh berkokok disini.
Oleh itu saya sebagai rakyat Malaysia yang lahir dalam tahun 1970 menentang segala perkara yang menyalahi undang-undang negara.
Setiap kebebasan itu ada batasnya.
Hitam tetap hitam, putih tetap putih.
Jangan kita mengamalkan hidup secara "in denial".
Catat Ulasan