11 Ogos 2011

Gejala murtad : UMNO tidak serius

11 Ramadhan 1432H. [MOD] -
Safarizal Saleh

Dewan Pemuda PAS Pusat (Malaysia) menegaskan pendirian bahawa peruntukan yang telah termaktud di dalam Perlembagaan Negara yang menegaskan Islam sebagai Agama rasmi Persekutuan dan ruang lingkup yang memastikan agama Islam terpelihara di dalam negara kita adalah agenda berterusan tanpa korompomi daripada mana-mana pihak yang secara sengaja mencabar kedaulatan Islam di dalam negara kita. Jesteru kami ulangi bahawa usaha mengganggu-gugat institusi Islam akan berdepan dengan suasana yang sengaja mengeruhkan perpaduan yang selama ini kita capai yang tidak sepatutnya berlaku sama sekali.

Akan tetapi, bagi kami kepada sebuah parti yang kini memerintah negara atas nama Umno sepatutnya lebih prihatin terhadap suasana yang dibentuk secara tidak langsung atas pendekatan-pendekatan kerajaan ketika ini. Sebagai teguran serius kepada Umno, perkara paling kecil berkaitan menutup aurat pun langsung tidak diambil kira oleh Umno sehingga sekarang. Suasana inilah yang dilihat oleh pihak luar sebenarnya keringanan Umno meninggikan martabad Islam di mata bukan Islam. Walaupun menutup aurat perkara yang kecil tidak mampu dipertegaskan oleh Umno, bagaimana dengan agenda besar Islam yang lain akan dipastikan ianya berjaya kepada seluruh umat Islam tercapai.

Kami amat kesal usaha Umno meninggikan syiar Islam di dalam negara kita. Bagi kami apa yang berlaku, Umno perlu bertanggungjawab sepenuhnya kerana kekuasaan institusi Islam yang memakin hari, semakin dicabar oleh pihak luar yang langsung tidak diendahkan oleh Umno sebagai parti tulang belakang Barisan Nasional (BN) yang kini masih memerintah Malaysia. Banyak perkara yang berkaitan isu Islam yang dibiarkan oleh Umno tanpa membela atau menegaskan sepertimana yang jelas di dalam Perlembagaan Negara. Jesteru, kami merasakan kemelut yang berlaku kini semuanya akan diletakkan ‘dibawah karpet’ sahaja tanpa berlaku apa-apa penyelesaian selepas ini.

Pendedahan rasmi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini bahawa jumlah permohonan keluar Agama di Mahkamah Syariah sebanyak 863 kes sudah cukup membuktikan ketidak seriusan kerajaan menangani isu murtad dan kegagalan Umno untuk menjaga kedaulatan dan ketuanan agama Islam itu sendiri. Kami akan mempertahankan Perlembagaan Negara terutamanya Artikel 114 dan juga berharap dapat mempertahankan isu murtad ini, Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) amnya perlulah juga mengikut peraturan dan prosedur dalam penguatkuasaanya berdasarkan Undang-Undang Negara.

RAJA AHMAD AL-HISS
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Tiada ulasan: