28 September 2011

Bekas eksekutif minta Obama naikkan cukainya

1 Zulkaedah 1432H. [MOD] -



MOUNTAIN VIEW, Amerika Syarikat (AS) - Seorang bekas eksekutif firma Google, Dough Edwards meminta Presiden AS, Barack Obama menaikkan cukai pendapatannya.
Dia membuat pertanyaan itu semasa Obama meneyrtai acara syarahan berjudul Meletakkan Rakay Amerika Kembali Bekerja anjuran rangkaian sosial Linkedin di Muzium Sejarah Komputer sini kelmarin..
Insiden itu berlaku apabila bekas eksekutif Google, itu bertanya kepada Presiden berkenaan: "Tuan Presiden bolehkah anda menaikkan cukai saya?"
Edwards yang mengakui dia tidak perlu bekerja kerana sudah cukup kaya, mengemukakan soalan tersebut ketika Obama menghadiri satu majlis anjuran laman jaringan sosial LinkedIn di Lembah Silikon di sini.
Dia mencelah ketika Obama berhujah bahawa golongan terkaya di AS patut membayar lebih banyak cukai bagi membantu membiayai program pekerjaan bernilai AS$447 bilion (RM1.4 trilion) untuk membantu rakyat AS yang menganggur mendapatkan pekerjaan walaupun pemimpin-pemimpin Parti Republikan mengecam dasar Obama itu kerana ia akan menjadikan AS sebagai sebuah negara kebajikan.
Bosan mendengar syarahan Obama, Edwards tiba-tiba bangkit lalu berkata: "Saya tidak bekerja, saya bermula daripada bawah bersama Google dan kini saya hidup agak mewah," kata lelaki itu.
"Saya yang memilih untuk menganggur. Soalan saya ialah bolehkah anda menolong menaikkan cukai saya?"
Edwards kemudian memberitahu wartawan bahawa beliau tidak pernah bertemu dengan Obama tetapi diundang ke majlis berkenaan oleh seorang rakan yang memiliki hubungan dengan Parti Demokrat yang dianggotai Obama.
Obama memberitahu Edward bahawa dia mengecapi kejayaan sekarang kerana terdapat seseorang yang telah melabur dalam sistem pendidikan AS. - AFP

Tiada ulasan: