1 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
KIEV - Lebih 100 penduduk Ukraine mengadakan protes menentang kebanjiran penganut Yahudi yang tidak dikawal ke dalam bandar Uman dan hampir 60 orang ditahan polis semasa tunjuk perasaan itu, kelmarin.
Protes tersebut diadakan beberapa hari sebelum penganut Yahudi menyambut ulang tahun ke-70 pembunuhan besar-besaran yang didakwa dilakukan ke atas Yahudi oleh tentera Nazi di Jerman selepas penaklukan bandar Kiev pada 1941.
Uman, bandar dengan 90,000 penduduk di tengah Ukraine, menjadi lokasi perarakan tahunan puluhan ribu Yahudi yang melawat kubur pemimpin agama Yahudi, Rebbe Nachman.
Protes dianjurkan parti politik Ukraine, Svoboda itu menuntut kawalan undang-undang dan kebersihan lebih tegas ke atas pelawat Yahudi kerana ia menimbulkan masalah kesihatan serta keselamatan.
“Kami bukan anti-Yahudi tetapi kami mempunyai persoalan mengenai kedatangan mereka ke negara ini,” menurut jurucakap parti, Tetyana Chornomaz.
sinar harian/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan