28 September 2011

Saranan untuk berubah, Najib tidak menjiwai ucapannya sendiri.

1 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Saya ingin mengeluarkan kenyatan media berhubung saranan melalui teks ucapan PM Najib yang dibaca dihadapan para belia di majlis Anugerah Usahawan Muda Kreatif 2011 (JCI CYEA) anjuran Junior Chamber International Malaysia (JCIM) di Petaling Jaya baru-baru ini.

Kenyataan beliau dalam teks ucapan itu samalah seperti perumpamaan tikus membaiki labu, DS Najib Razak perlu buktikan terlebih dahulu bahawa beliau sendiri telah mengorak langkah untuk melakukan perubahan positif seperti yang disaran beliau.

Senario terkini Negara telah memberi gambaran jelas bahawa Perdana Menteri enggan berubah walaupun telah menerima pelbagai tekanan dan teguran dari Pakatan Rakyat supaya Malaysia menjadi Negara yang lebih terbuka dan realisitik dari sudut demokrasinya.

Isu-isu seperti pemansuhan ISA terus dicanang kononnya sebagai langkah kerajaan yang berani walaupun tahanan ISA masih kekal terkurung, begitu juga larangan tayangan video hebahan khidmat awam (PSO) Undilah di televisyen yang masih belum menerima kata putus yang positif dari Kerajaan Perseketuan.

Ucapan dan lakonan kononnya mereka berubah tidak lebih dari gula-gula untuk menarik sokongan rakyat dalam keadaan kuasa mereka sedang berada dihujung tanduk.

Perkara penting yang perlu mendapat perhatian wajar dari pemimpin tertinggi Negara, malangnya ia tidak diendah oleh PM Najib, jelas terbukti beliau tidak menjiwai ucapannya sendiri.

Lucu apabila beliau menyarankan bahawa belia perlu kreatif kerana sambil menekan kreativiti amat penting bagi seseorang sekiranya mahu bersaing dan berjaya di persada antarabangsa.

Saranan ini layak dibakul sampah selagi umno-bn enggan berubah dan mereka terus kekal sebagai pemimpin yang tidak relevan, tidak layak untuk menjadi peneraju inovasi yang dilaung-laungkan selama ini.

DRS KHALIL IDHAM LIM
PARIT BUNTAR, 21 Septembar 2011

Tiada ulasan: