Fairlady Shania
Sifat sombong dan takbur adalah ditegah oleh Islam. Oleh itu umat Islam
hendaklah menjauhinya demi menjaga kesejahteraan hidup. Kita harus
melakukan apa sahaja yang disukai demi keselesahan diri kita sendiri
mahupun keluarga tetapi janganlah sampai melanggar batas syariat dan
janganlah berniat untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah kepada
orang lain kerana ia akan menimbulkan perasaan dengki dan benci orang
lain yang mengakibatkan permusuhan.
Islam tidak melarang umatnya daripada mengutamakan keindahan dalam
sesuatu perkara kerana keindahan itu adalah kesempurnaan yang boleh
membangkitkan ketenangan. Elokan budi pekerti dan akhlak yang mulia.
Inilah sifat muslim yang sejati.
Sesungguhnya orang yang sombong akan dihumbankan ke neraka Jahanam
seperti dalam firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang
bersifat sombong dan tidak patuh kepada-Ku akan diazabkan di dalam neraka
Jahanam dan menderita kehinaan di dalamnya.”
(Surah al-Mukmin, ayat 60)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan