14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
Angkara hos dapur gas tercabut
KOTA BHARU: Akibat saluran getah dapur gas tercabut, sebuah kedai makan hangus dalam kebakaran di Kampung Baung, dekat Pengkalan Chepa, petang semalam. - Gambar fail
Kejadian disedari pemilik kedai, Siti Nor Mohd Zain, 30, bersama dua pekerja dan beberapa pelanggan pada jam 3.45 petang.
Menurut Siti Nor, ketika kejadian, dia berehat bersama beberapa pelanggan dan pada masa sama melihat api dan kepulan asap dari dapur.
“Saya bersama pekerja dan pelanggan melarikan diri sebelum menghubungi bomba.
“Sebelum melihat api itu, saya terdengar seperti benda bocor dan rupa-rupanya saluran getah dapur gas tercabut sehingga mengeluarkan api,” katanya. Siti Nor berkata, dia bersyukur kerana ketika kejadian, tiada pekerjanya berada di dapur.
Sementara itu, sepasukan 17 anggota bomba bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa dan Kota Bharu, ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan jam 3.51 petang.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Sabri Zakaria berkata, sebaik tiba di tempat kejadian keseluruhan kedai makan itu sudah musnah.
Katanya, anggota bomba mengambil masa lima minit untuk mengawal kebakaran daripada merebak.
green boc/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan