29 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
KOTA BHARU: Majlis Perundingan NGO Islam Malaysia (MAPINM) akan meneruskan siri penjelajahan ke seluruh negara untuk mengumpul derma bagi mengisi tabung bantuan rakyat Palestin, terutama pembinaan hospital kanak-kanak terbesar di negara itu membabitkan kos sebanyak RM100 juta.
Angkasawan Negara yang juga pengerusi jawatankuasa pengumpulan dana majlis itu, Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, berkata Kelantan adalah antara negeri yang dikunjungi bagi menjayakan misi itu.
"Selepas ini kita akan meneruskan siri penjelajahan ke negeri lain, termasuk Pulau Pinang dalam masa terdekat ini," katanya kepada pemberita ketika melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di sini, hari ini.
Sheikh Muszaphar Shukor berkata, MAPINM sudah menghulurkan bantuan AS$60,000 kepada Kerajaan Palestin melalui Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Perdana Menterinya, Ismail Haniyeh, baru-baru ini.
Majlis Perundingan itu adalah badan induk yang dianggotai pertubuhan bukan kerajaan dari seluruh negara, termasuk Cakna Palestin yang diwujudkan Kerajaan Negeri Kelantan tiga tahun lalu.
Beliau berharap penduduk Gaza akan menikmati penjagaan kesihatan lebih sempurna apabila hospital 10 tingkat itu yang akan mula dibina dengan bantuan Kerajaan Malaysia pada tahun depan, siap sepenuhnya.
Katanya, matlamat beliau dalam program penjelajahan itu bukan sahaja bertujuan mengumpul dana, malah untuk berkongsi pengalaman sebagai Angkasawan Negara yang berkait rapat dengan ilmu-ilmu yang terkandung dalam al-Quran.
Beliau berkata, untuk merealisasikan lagi harapannya beliau bercadang menubuhkan Yayasan Angkasawan yang kini masih di peringkat kajian.
Sementara itu, Nik Abdul Aziz berkata sebagai Menteri Besar beliau amat bersyukur dapat menemui Angkasawan Negara itu di samping berkongsi pengalaman dengan rakyat negeri ini sebagai angkasawan kerana bidang keilmuan astronomi itu mempunyai kaitan rapat dengan ilmu Islam yang terkandung dalam al-Quran.
Katanya, angkasawan itu akan mengadakan beberapa siri pertemuan dengan rakyat negeri ini sepanjang kunjungan selama dua hari ke Kelantan.
"Melalui program yang diatur itu, kita dapat mengumpul lebih banyak dana menerusi Jawatankuasa Misi Bantuan Cakna Palestin yang ditubuhkan tiga tahun lalu," katanya. - BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan