29 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
ULAMA Al-Azhar turut sama dalam tunjuk perasaan di Dataran Tahrir, Mesir, Rabu lalu. - Foto EPA
Kematian perusuh undang campur tangan badan antarabangsa
KAHERAH: Pemerintah tentera Mesir semalam mengeluarkan kenyataan memohon maaf di atas kematian penunjuk perasaan akibat tindakan keras polis ketika bantahan menuntut penyerahan kuasa segera kepada orang awam memasuki hari ketujuh.
Sekurang-kurangnya 35 penunjuk perasaan terbunuh sejak Sabtu lalu, apabila pertempuran meletus manakala lebih 2,000 lagi cedera.
Perkembangan itu mewujudkan kebimbangan Barat yang mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya badan siasatan bebas ditubuhkan untuk menyiasat penggunaan kekerasan melampau.
Penunjuk perasaan sekali lagi berkumpul di Dataran Tahrir, pusat perhimpunan bersejarah selama 18 hari yang menyaksikan kejatuhan Presiden Hosni Mubarak, Februari lalu, untuk menuntut kepemimpinan tentera segera meletak jawatan.
Bantahan besar-besaran, yang gagal disekat tentera dilihat bakal membayangi pilihan raya Parlimen pertama selepas pemerintahan Mubarak yang dijangka bermula Isnin ini.
“Majlis Agung Pasukan Bersenjata (SCAF) meluahkan kekesalan dan memohon maaf di atas kematian rakyat Mesir yang setia ketika kejadian di Dataran Tahrir baru-baru ini. Majlis juga mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa di seluruh negara,” kata majlis itu dalam satu kenyataan di Facebook.
Kenyataan dikeluarkan selepas ucapan Pengerusi SCAF, Marshal Hussein Tantawi, Selasa lalu yang bertujuan menenangkan penunjuk perasaan di dataran itu, tetapi dikritik hebat kerana tidak menyebut mengenai kematian mangsa di tangan polis.
SCAF berikrar menyiasat dan menghukum pihak bertanggungjawab menyebabkan kematian itu. Ia turut berjanji memberi bantuan kepada keluarga mangsa yang maut dan cedera selain menubuhkan hospital sementara tentera di Dataran Tahrir.
Aktivis berkata, pertempuran berterusan sehingga malam di Jalan Mohammed Mahmud yang menghubungkan Kementerian Dalam Negeri dengan dataran itu. Berpuluh-puluh khemah turut didirikan.
Penulis pojok, Mona al-Tahawy ditahan tengah malam kelmarin selepas menyertai bantahan mendesak perubahan demokratik. Kiriman akhirnya di akaun Twitter menyebut dia dipukul dan ditahan di Kementerian Dalam Negeri.
‘Dataran menggelegak’, tajuk muka depan akhbar, Al-Akhbar manakala akhbar, Al-Ahram menyiarkan kata-kata ‘pertumpahan darah baru’ pada halaman depannya.
Kematian penunjuk perasaan turut mengundang kenyataan keras Al-Azhar, institusi Islam Sunnah tertinggi yang menggesa polis tidak menembak ke arah orang ramai.
Imam besar Al-Azhar, Sheikh Ahmed al-Tayyeb, berkata sebarang perbincangan yang dicemari darah akan binasa dan hasilnya amat pahit. – AFP

Tiada ulasan:
Catat Ulasan