25 November 2011

PR sedia runding dengan SPR

29 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) sedia berunding de­ngan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dalam menentukan tarikh sesuai untuk diadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PR bersedia menemui SPR, tetapi mereka mahu SPR laksanakan kesemua tuntutan Bersih 2.0.

“Pengerusi SPR (Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof), mengumumkan hasrat menemui pimpinan PR berhubung PRU13 de­ngan Kerajaan Persekutuan dan Negeri, tetapi pelik sekiranya mereka mahu berunding dengan semua Kerajaan Negeri, atau Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

“Bunyi kenyataan Tan Aziz itu macam nak berucap bagi pihak Umno dan BN sahaja. Saya nak nasihatkan dia supaya perhatikan betul-betul, supaya apa yang nak dirundingkan bukan khusus dengan Kerajaan Negeri tertentu sahaja,” katanya pada sidang media di pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen, semalam.

Beliau turut menuntut SPR tidak menggunakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambaikan Proses Pilihan Raya (PSC) untuk melengahkan semua tuntutan Bersih 2.0.

Sinar Harian

Tiada ulasan: