20 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
MEF ramal ekonomi dunia tidak stabil tahun depan
PETALING JAYA: Kakitangan eksekutif sektor swasta diramal memperoleh kenaikan gaji dan bonus lebih rendah tahun depan berikutan ekonomi dunia yang tidak menentu.
Ramalan itu berdasarkan kaji selidik Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) membabitkan 214 syarikat pelbagai sektor yang mempunyai 10,594 kakitangan eksekutif dan 27,345 kakitangan bukan eksekutif, sebagai responden.
Presiden MEF, Datuk Azman Shah Haron, berkata ramalan bonus untuk kakitangan eksekutif bagi 2012 adalah 2.13 bulan, menurun berbanding 2.48 bulan tahun ini, manakala bagi kakitangan bukan eksekutif 1.93 bulan berbanding 2.03 bulan tahun ini.
Kenaikan gaji eksekutif dijangka menurun daripada 6.45 peratus tahun ini kepada 6.08 peratus tahun depan, bagaimanapun gaji untuk kakitangan bukan eksekutif diramal meningkat 5.73 peratus berbanding 5.37 peratus tahun ini.
“Situasi ini berkait rapat dengan keadaan ekonomi di Eropah dan Jepun, selain Asia Barat yang berdepan pergolakan politik.
“Oleh itu, dalam merangka perancangan masa depan, syarikat perlu mengambil kira pelbagai faktor untuk memastikan ia dapat bertahan bagi jangka masa panjang.
“Purata kenaikan gaji sebenar bagi eksekutif membabitkan semua sektor tahun ini adalah 6.45 peratus, berbanding 5.68 peratus tahun lalu, manakala bagi bukan eksekutif 5.37 peratus, meningkat berbanding 2010 iaitu 5.28 peratus.
“Kenaikan purata (tahun ini) didorong prestasi dan pencapaian syarikat di negara ini yang lebih baik berbanding di Eropah,” katanya pada sidang media pelancaran dua buku iaitu Kaji Selidik MEF untuk Eksekutif dan Bukan Eksekutif 2011 di pejabat MEF di sini, semalam.
Kaji selidik itu mendapati 82.4 peratus syarikat responden memberi bonus kepada eksekutifnya tahun ini, lebih rendah berbanding tahun lalu iaitu 86.1 peratus.
Syarikat yang memberi bonus kepada bukan eksekutif juga menurun kepada 81.9 peratus tahun ini, berbanding 83.7 peratus pada 2010.
Daripada 214 syarikat dikaji, 84.2 peratus mengumumkan kenaikan untuk eksekutif tahun ini, berbanding 80.8 peratus tahun lalu, manakala bukan eksekutif 84.5 peratus peningkatan gaji berbanding 80.3 peratus tahun sebelumnya.
Kaji selidik MEF juga mendedahkan kekurangan kepakaran kritikal bagi kakitangan eksekutif dalam kepemimpinan profesional (48.8 peratus), pengurus (60.9 peratus), jurutera (40.2 peratus), kakitangan teknikal dan jualan serta eksekutif pemasaran yang kurang mahir dalam menangani masalah (39.7 peratus) dan 37 peratus masing-masing untuk pelayan pelanggan dan pengurusan kemahiran.
Bagi kakitangan bukan eksekutif pula, kurang kemahiran komunikasi dalam bahasa Inggeris untuk jawatan perkeranian dan pentadbiran (63.6 peratus) dan operator mesin (47.6 peratus).
Dalam pada itu, mengulas penetapan gaji minuman RM1,500 untuk kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Selangor, Shamsuddin berkata, syarikat swasta di Selangor tidak wajib mengikut dasar kerajaan negeri itu.
BERITA HARIAN/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan