20 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
KEPALA BATAS, 16 Nov: Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan membina dua buah pusat hemodialisis untuk rakyat yang menghidapi sakit buat pinggang dengan hanya RM30 sekali berurusan, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Baginya, pusat tersebut amat perlu bagi rakyat miskin kerana kos rawatan yang dikenakan sebelum itu mahal sama dari hospital atau swasta.
"Untuk meringankan bebanan rakyat kerajaan negeri telah dan akan membina pusat berkenaan, satu di sebelah pulau dan satu lagi di Seberang Perai.
“Itu semua untuk rakyat sejajar dengan slogan 'kerajaan berjiwa rakyat',” tegasnya ketika berucap di majlis penyerahan pakaian sekolah kepada keluarga daif di Pusat Banjir Pengkalan Bongor dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Penaga semalam.
Katanya, di sebelah pulau telah wujudkanya di Kompeks Pasar Balik Pulau dan satu lagi kemungkinan di Seberang Perai Tengah di mana lokasi paling tengah antara Seberang Perai Utara dan Selatan.
“Selepas ini masyarakat yang menghidapi kencing manis atau sakit buah pinggang sehingga memerlukan hemodialisis boleh daftarkan nama di tempat berkenaan,” katanya.
Kerajaan Pakatan Rakyat katanya, tetap mengutamakan rakyat tidak sebagaimana Barisan Nasional (BN) yang hanya pandai mengalunkanya di bibir padahal dalam masa yang sama menekan rakyat dari belakang.
"Kerajaan BN bijak ketika berjanji tetapi malas untuk melaksananya. Maka, jangan harap lagi pada BN kerana setiap slogan yang dicipta semata-mata mengabui mata rakyat sahaja," jelasnya yang juga Adun Air Putih, Balik Pulau.
harakahdaily/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan