7 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
SEREMBAN – Zaman kanak-kanak Sheikh Akmal Sheikh Imam, 15, sama seperti kanak-kanak lain tetapi sebaik usianya mencapai 13 tahun, perubahan mula berlaku.
Pelajar SMK Senawang ini menjadi perhatian ramai disebabkan ketinggiannya yang luar biasa iaitu 197 sentimeter dengan berat badan 56 kilogram dan memakai kasut bersaiz 13 inci.
Bapanya, Sheikh Imam Mohamad, 47, berkata, perubahan fizikal anak bongsunya itu mula ketara selepas mencapai usia akil baligh.
“Dia mula menjadi tumpuan apabila sering diajak bergambar oleh individu tidak dikenali yang teruja dengan ketinggiannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Apartmen Cempaka, Seremban 2, di sini, semalam.
Menurutnya, hanya Sheikh Akmal mempunyai ketinggian luar biasa dalam kalangan ahli keluarganya kerana kakak dan abangnya yang berusia 16 dan 20 tahun hanya mempunyai ketinggian antara 150 hingga 156 sentimeter.
Katanya, walaupun ada berpendapat ketinggian anaknya tidak normal berbanding remaja seusianya, namun dia bersyukur kerana hingga kini Sheikh Akmal tidak menghidap sebarang penyakit.
Sheikh Akmal yang digelar ‘Panjang’ oleh rakan-rakan dan sering menjadi orang penting untuk tugasan seperti menggantung banting mengakui memiliki ketinggian melebihi paras normal adalah satu kelebihan.
“Masalahnya cuma mahu mencari seluar dan kasut. Untuk seluar, biasanya masalah singkat dan kasut pula tiada saiz.
“Cuma sejak akhir-akhir ini rasa macam pelik pula ada yang tiba-tiba datang menyapa mahu bergambar sama,” katanya.
sinar harian/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan