7 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR - Pertubuhan bukan kerajaan, Jingga 13 mendesak Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, memohon maaf berhubung kenyataannya didakwa menghina hukum hudud.
Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, Sekretariat Jingga 13 memberi tempoh 48 jam untuk Dr Chua menarik balik kenyataannya yang dilaporkan mendakwa bahawa perlaksanaan hukum hudud menjadikan negara ini mundur dan menakutkan pelabur.
“Sekiranya beliau tidak membuat permohonan maaf melalui media cetak dan elektronik dalam tempoh 48 jam, kami akan membawa memorandum ini mengadap Yang di-Pertuan Agong,” katanya selepas menghantar memorandum kepada Presiden MCA di Wisma MCA, semalam.
Menurutnya, memorandum itu juga menyatakan, kenyataan Dr Chua , adalah gimik politik murahan dan mengguris perasaan umat Islam apabila seorang bukan Islam mempersoalkan hukum Islam.
“Situsasi ini dikhuatiri menimbulkan ketegangan, perselisihan faham dan menjejaskan hubungan antara kaum di negara ini,” katanya.
sinar harian/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan