12 Muharram 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR - Lebih 200 produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) diarah melalui ujian pemeriksaan selanjutnya bagi memastikan produk tersebut selamat dan mengikut standard yang sepatutnya, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe.
Menurutnya, produk KR1M akan dipantau dan dinilai oleh Unit Pemantauan Khas kementerian sebagai jaminan bahawa semua produk tersebut selamat untuk digunakan orang ramai.
“Arahan ini dibuat bagi menangkis dakwaan sesetengah pihak yang mempersoalkan tentang kualiti dan tahap keselamatan penggunaan produk KR1M,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Yeow Chai Thiam yang ingin tahu bentuk tindakan yang diambil kementerian bagi menjawab dakwaan tentang produk KR1M yang tidak berkualiti dan tidak selamat kepada pengguna.
Lian Hoe berkata, penubuhan Unit Pemantauan Khas itu adalah dengan kerjasama Kementerian Kesihatan turut bertujuan memantau secara rambang produk makanan di semua kedai termasuk KR1M seluruh negara.
Menjawab soalan Senator Mumtaz Md Nawi mengenai cadangan memperkenalkan satu akta khusus bagi mengawal kualiti sesuatu produk makanan yang terdapat di pasaran, Lian Hoe berkata, kementerian hanya mengguna pakai peruntukan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang membolehkan menteri menarik balik pengedaran apa juga produk yang membahayakan pengguna.
sinar harian/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan