7 Muharram 1433H. [MOD]
PAS Miri
MIRI - Taman Negara Loagan Bunut terletak di hulu Sungai Bunut kira-kira 130 km dari Miri merupakan salah sebuah tasik semula jadi yang terbesar di Sarawak dan hanya didapati di pulau Borneo. Nelayan tempatan Berawan mengelar tasik ini dengan panggilan tasik 'Logan Bunut'. Keluasan taman ini kira-kira 650 hektar, Tasik Loagan Bunut tidaklah besar mengikut piawaian dunia, tetapi, ia bukan tasik yang biasa. Ianya terkenal dengan kekayaan biodiversiti dan ekosistem akuatik yang unik.
Paras air di dalam tasik ini adalah betul-betul bergantung kepada paras air Sungai Bunut, Sungai Tinjar dan Sungai Baram. Paras air sungai-sungai ini berubah-ubah sepanjang tahun dan hasilnya, paras air di Loagan Bunut juga turun naik. Paras air di Loagan Bunut biasanya terendah dalam bulan Februari dan Mei atau Jun. Tempoh air yang rendah berlangsung selama kira-kira 2 hingga 3 minggu.
Populasi ikan juga berubah-ubah akibat situasi yang unik ini. Apabila tempoh kering pada waktu kemuncak, Loagan Bunut boleh menjadi kering lumpur retak yang besar. Anda sebenarnya boleh berjalan di atas lumpur kering tersebut.
Tasik dan kawasan sekitarnya yang meriah dan indah, semasa paras air yang tinggi dan rendah.
Tarikan kebudayaan yang utama di tasik ini adalah kaedah yang unik dan tradisional menangkap ikan ('Selambau') yang masih dikekalkan oleh nelayan Berawan.
'Selambau' telah dimajukan untuk menangkap ikan yang bergerak semasa paras air yang turun naik. Teknik ini telah digunakan selama berabad-abad dan telah membolehkan nelayan Berawan mengurus perikanan yang unik dan berkesan dan dapat bertahan untuk banyak generasi.
Kawasan sekitarnya dipenuhi dengan hutan paya gambut. Terdapat berbagai jenis burung dan juga hidupan liar terdapat di sini seperti rusa,kancil dan sebagainya.
Taman negara ini telah diwartakan pada 1 Januari, 1990 dan ia dibuka kepada orang ramai pada 29 ogos 1991.
Jalan perhubungan yang teruk
Sayang sekali keunikan dan keindahan seperti yang tersebut di atas sukar untuk dinikmati oleh pelancong tempatan dan juga pelancong luar negara disebabkan jalan perhubungan untuk menuju ke Taman Negara Loagan Bunut amat teruk sekali hanya sesuai untuk kenderaan berat dan juga lori-lori balak. Perkara semacam ini seharusnya diberi perhatian oleh pihak kerajaan sekiranya ingin memajukan sector pelancongan dan juga meningkat ekonomi Negara.
Kita cadangkan agar pihak kerajaan dapat membina jalanraya yang lebih elok dan, memberi kemudahan asas serta menjaga kawasan tersebut dari tercemar akibat aktiviti pembalakan yang tidak terkawal.
Memandangkan Sarawak kaya dengan sumber hasil dan juga mempunyai tempat yang indah serta menarik untuk pelancongan adalah disarankan kerajaan Sarawak membina lebih banyak infrastruktur serta membina jalanraya yang baik untuk kemudahan orang ramai melawat ke Taman Negara di Sarawak.
Hasil dari pelancongan dari dalam dan luar negara akan memberi banyak menafaat kepada semua rakyat. Ini antara perkara yang akan kita rancangkan jika diberi peluang mengambil alih kuasa dari kerajaan yang ada sekarang. Sarawak sudah jauh ketinggalan dari segi kemudahan asas, jalan perhubungan yang teruk serta ramai penduduk miskin.
Kemana perginya peruntukan dan hasil sumber bumi Sarawak yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat Sarawak selama ini? Kalau peruntukan yang berbilion ringgit tersebut dapat digunakan dengan baik dan sepenuhnya untuk kemudahan rakyat sudah pasti Sarawak sudah maju kehadapan berbanding dengan negeri-negeri lain dalam Malaysia.
Jadi rakyat kena berfikir siapa yang untung dan mendapat manafaat dengan peruntukan tersebut? Adakah rakyat biasa atau pihak yang tertentu saja? Fikirlah sendiri, kalau rakyat yang mendapat manafaat sudah pasti penduduk di luar bandar tidak merungut dengan masalah kemudahan asas dan juga infrastruktur selama ini. Kita semua tahu berapa puluh tahun kerajaan yang ada sekarang sudah memerintah.
Bukannya 5 atau 10 tahun mereka memerintah tapi sudah berpuluh tahun. Kalau hendak dikira peruntukan yang sudah disalur ke penduduk luar bandar sudah boleh mencecah berbilion ringgit dan tidak sepatutnya Sarawak masih jauh ketinggalan 20 tahun ke belakang.
Sudah tiba masanya Sarawak diberi kuasa kepada mereka yang benar-benar jujur,ikhlas, amanah serta perihatin akan masalah rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
PAS Miri
Jofri Jaraiee

Tiada ulasan:
Catat Ulasan