6 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
PUCHONG – Penderitaan kira-kira 15 keluarga di Kampung Batu 14 sejak lima tahun lalu belum berakhir apabila pemaju yang membangunkan pangsapuri 22 tingkat bersebelahan rumah mereka didakwa enggan membayar pampasan terhadap kerosakan yang ditanggung selama ini.
Penduduk mendakwa, selain pembangunan yang terlalu hampir dengan rumah mereka, kejadian banjir kerap berlaku kerana pemaju menutup lombong kolam tadahan bagi membina pangsapuri itu.
Lebih membuatkan penduduk terkilan, pihak berwajib seakan-akan enggan membantu menyelesaikan kemelut melanda serta membiarkan sahaja penduduk selepas projek pangsapuri siap dibina.
Penduduk, S Sugumaran, 53, berkata, dia kecewa janji pemaju untuk membaiki keretakan dan kerosakan di rumahnya ketika projek pembangunan dijalankan hanya tinggal janji.
“Bayangkan dalam rumah saya ada lebih 100 tempat yang retak, itu belum masuk kerosakan siling dan lain-lain. Rumah saya juga sering menerima ‘hadiah’ dari langit seperti batang paip dan sebagainya yang datang dari tingkat atas ketika kerja pembinaan kondominium dilakukan.
“Ini kerana jarak pembinaan kondominium terlalu hampir dengan bahagian belakang rumah,” katanya.
Sugumaran berkata, sejak lima tahun lalu ketika kerja pembangunan bermula, hampir setiap kali hujan, rumahnya akan ditenggelami air.
“Kami sekeluarga menerima tempias akibat projek pembangunan ini, rumah sering banjir tanpa ada pihak prihatin dengan masalah ini.
“Kalau hendak dialihkan jarak rumah dengan pangsapuri, kami tiada pilihan, ia memerlukan kos namun pemaju enggan membayar pampasan,” katanya.
Ketua Komuniti Kaum India Puchong, L Subramaniam berkata, pihaknya menggesa pihak berwajib menangguhkan dahulu pengeluaran sijil layak menduduki (CF) kepada projek perumahan itu sehinggalah masalah ditanggung penduduk diselesaikan pemaju.
“Dalam undang-undang, apa sahaja bangunan melebihi lima tingkat mesti mempunyai jarak 40 kaki persempadanan. Bagaimana pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh meluluskan pembinaan yang terletak kurang 7.5 meter ini dengan jarak rumah penduduk kampung.
“Jarak terlalu dekat, jika berlaku kebakaran, mesti ada rumah penduduk kampung turut menerima kesan, malah jika penduduk pangsapuri membaling apa-apa dari atas pasti kami di bawah yang menerima kesannya,” katanya.
Subramaniam berkata, pihaknya pernah mengadukan perkara itu kepada PBT malangnya pihak itu didakwanya seolah-olah tidak mahu campur tangan.
“Mereka suruh kami berbincang sendiri dengan pemaju sedangkan pihak itu yang meluluskan projek ini. Ke mana mahu diadukan hal ini lagi, kejadian banjir sejak projek dimulakan sehingga sekarang sering melanda dan menimbulkan kesusahan penduduk kampung.
“Saya memohon sesiapa yang ada kuasa mengeluarkan CF tangguh dulu pengeluarannya sehingga masalah pemaju dengan penduduk selesai,” katanya yang memaklumkan penduduk mendengar ura-ura CF pangsapuri itu akan dikeluarkan hujung bulan ini.
sinar harian/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan