11 Februari 2012

Perdana Menteri Hamas lawat Iran

18 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

TEHRAN 11 Feb. - Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniya (Gambar) tiba di Tehran semalam untuk lawatan tiga hari dan dijadualkan berucap pada perarakan ulang tahun ke-33 Revolusi Islam 1979 hari ini.

Beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei dan Presiden Mahmoud Ahmadinejad serta beberapa pemimpin tertinggi negara ini.

Media tempatan turut melaporkan Haniya bakal menerima ijazah kehormat daripada Universiti Tehran. - AFP

Tiada ulasan: