6 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
Sejam sebelum himpunan BERSIH bermula secara rasmi, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tengah hari ini hadir bersama lautan manusia di Masjid Negara mengajak orang ramai supaya "memerdekakan" Dataran Merdeka hari ini.
"Hari ini kita tidak boleh undur dari tuntutan kita tuntut pilihan raya yang bebas. Duduk semua.
"Kita akan ke Dataran dan merdekakan dataran kita hari ini," kata Anwar penuh semangat disambut sorakan dan tepukan gemuruh hadirin.
Katanya, orang ramai berkumpul hari ini bagi menuntut hak rakyat mendapat pilihan raya bebas dan adil yang didakwa menjadi mangsa "penipuan" Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)'
"Hari ini kita tuntut hak rakyat. Merdeka dari penipuan SPR," katanya membakar semangat peserta BERSIH di perkarangan masjid dengan suara yang sedikit serak.
Peserta BERSIH yang ada di Masjid Negara yang rata-rata terdiri daripada golongan muda kelihatan cukup bersemangat dan tidak sabar untuk berarak ke Dataran Merdeka
Sebelum itu, Timbalan Presiden PAS memimpin orang ramai menyayikan lagu "Tanggal 28 April" yang diajuk daripada lagu Sudirman "Tanggal 31 Ogos".
Lirik lagu itu antaranya berbunyi: "Tanggal 28... bulan April merdeka merdeka Dataran... Penjajah".
malaysiakini/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan