Harakahdaily, | 28 Apr 2012 |
(Polis menembak gas pemedih mata ke arah peserta perhimpunan)
(Wajah-wajah pedih selepas terkena gas pemedih mata di Jalan Raja Laut)
KUALA LUMPUR: Polis melepaskan gas pemedih mata ke arah peserta perhimpunan Bersih 3.0 kira-kira jam 3 petang menyebabkan mereka lari bertempiaran di persekitaran Dataran Merdeka.
Sebahagian mereka merempuh tembok yang dibina oleh DBKL bagi melindunginya dari dimasuki orang ramai.
(Berkongsi garam di dalam masjid India selepas terkena gas pemedih mata)
Tidak kurang juga yang terpaksa lari ke lorong-lorong belakang di sekitar Dataran Merdeka.
(Orang ramai memenuhi jalan belakang sebelah Jalan Raja Laut selepas kawasan itu ditembak dengan gas pemedih mata)
Di satu kawasan, polis telah menyekat orang ramai dari lari menembusi sekatan yang mereka buat.
Hanya wartawan dan jurugambar sahaja yang dibenarkan melalui sekatan mereka.
Polis mula membunyikan locing amaran kira-kira jam 3 petang diikuti dengan semburan water canon dan tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka.
Ada juga yang ditangkap termasuk ahli DAP dari Cheras, Mr Liu Yang, kata anggita Parlimen, Lim Lip Eng menerusi twitternya.
Menurut salah seorang peserta itu, Syed Marwan melaporkan, dia baru saja terkena gas pemedih mata.
(Kiri: Terpaksa berlindung selepas ditembak dengan gas pemedih mata. Kanan: Gas ditembak)
"Baru terkena gas pemedih mata, Perit. Sakit. Ada yang pengsan. Moga Allah balas perbuatan zalim mereka," tulis beliau menerusi twitter.
Ada juga mangsa yang terkena gas terpaksa mencari perlindungan di kedai-kedai berhampiran dengan tempat kejadian.
Mereka yang pengsan akibat terhidu gas juga dibawa berlindung di situ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan