28 April 2012

Polis beri amaran bersurai, tangkapan di KLCC

6 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Walaupun jam baru menunjukkan jam 1 tengahari, iaitu satu jam menjelang perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka, polis sudah mengeluarkan amaran bersurai kepada orang ramai.

Mereka juga sudah bersiap sedia dengan water canon dan pasukan polis FRU untuk menyerang orang ramai jika arahan itu tidak diendahkan mereka.

Amaran polis ini bertentangan dengan janji kerajaan sebelum ini yang mengumumkan kerajaan tidak akan menghalang perhimpunan kali ini sebagaimana yang mereka laku ke atas Bersih 2.0.

Di perkarangan KLCC, polis mula menganas dengan menangkap 3 pemuda peserta himpunan sebaik sahaja semua peserta himpunan dari KLCC bergerak menuju Dataran Merdeka.

Mereka ditangkap, ditendang dan diheret ke dalam van polis. Peserta lain yang melihat kejadian mengecam tindakan ganas polis.

Antara peserta yang lihat kejadian berkata, "Sekiranya mengapa-apakan peserta yang ditangkap, PRU 13 kita tolak Umno. Najib tak layak jadi PM."

Polis berkumpul

Lebih 500 anggota polis dilihat bergerak menuju ke persimpangan hadapan Bank Rakyat.

Mereka berkumpul di bawah jejantas berhampiran medan selera D' Tebing.

Pasukan LSF mula membuat sekatan di persimpangan jalan di hadapan medan selera D' Tebing.

Di sini dipercayai laluan kumpulan dari Masjid Negara untuk bergabung dengan kumpulan Dataran Merdeka

Dianggarkan hampir 1,000 anggota LSF dan polis berhimpun menutup jalan di sini.

harakahdaily/-

Tiada ulasan: