27 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
BEBERAPA anggota penyelamat mencari mangsa yang terselamat dalam bas yang terjunam ke tebing sungai di Dak Lak kelmarin.
HANOI - Sebuah bas terjunam dari sebuah jambatan di tengah Vietnam menyebabkan 34 penumpang terbunuh manakala 21 lagi cedera malam kelmarin.
Ia merupakan antara nahas jalan raya yang paling dahsyat di Vietnam.
Seorang pegawai tempatan, Tran Bao Que berkata, bas dengan 50 tempat duduk itu hilang kawalan sebelum ia menjunam pada ketinggian 18 meter ke tebing Sungai Serepok.
Sebahagian badan bas itu tenggelam ke dalam sungai tersebut.
"Semasa kejadian, penumpang bas sedang tidur," kata seorang mangsa yang terselamat, Nguyen Van Khanh kepada portal berita tempatan, Dan Tri.
Menurutnya, anggota-anggota penyelamat mengambil masa selama empat jam untuk mengeluarkan semua mayat mangsa.
Bas itu dalam perjalanan sejauh 350 kilometer menuju ke Bandar Ho Chi Minh dari wilayah Dak Lak. - Agensi

Tiada ulasan:
Catat Ulasan