27 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
18 Mei (IPOH) - Dewan Pemuda PAS Negeri Perak mengalu-alukan pengisytiharan keluar daripada Parti Umno oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kampar, Sanhuri Mat Zin pada hari ini.
Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Ipoh kecoh berikutan pendedahan yang dilakukan oleh Sanhuri di atas isu pemberian projek tanah pasir di sini.
Dalam penulisan ringkas di laman interaktif sosial Facebook Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss yang kini berada di luar negara mengalu-alukan pendedahan Sanhuri.
"Saya bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Perak terkejut dengan pendedahan saudara Sanhuri Mat Zin, Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kampar" tulis ringkas Dr Raja Ahmad Iskandar.
Tambahan Dr Raja Ahmad Iskandar dalam tulisannya "mengalu-alukan pengisytiharan keluar daripada Umno hari ini"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan