07 Mei 2012

Bersih 3 : Apakah undang-undang yang diguna pakai.

15 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
KENYATAAN MEDIA

Saya melihat rakyat telah masak dengan reaksi yang bakal dilakukan oleh pimpinan BN dalam isu memberi akses terhadap sebarang acara yang berbentuk himpunan untuk menyuarakan sebarang bantahan lebih-lebih lagi dalam isu menuntut proses pilihan raya yang adil dan bersih.

Najib berbicara mengenai undang-undang tetapi dalam isu BERSIH 3.0 para peserta ditembak dengan gas pemedih mata dan air berasid tanpa alasan dan apakah undang-undang yang diguna pakai ketika itu?

Apalagi tindakan memukul dan memyepak mereka yang berhimpun secara aman adalah sesuatu yang saya anggap diluar tabie dan kemanusian.

Anehnya bila Jawatankuasa Fatwa menghukum hadir himpunan Bersih haram namun tidak adapun fatwa mengenai hukum memukul orang tanpa sebab dan alasan yang kukuh.

Datuk A Samad Said dan Pengerusi bersama yang lain telah pun mengemukakan permit tetapi alasan pihak berkuasa tidak masuk akal walhal jelas bersih cuma mahu duduk dan bantah tidak lebih dari itu.

Saya ingin persoal adakah duduk itu juga dalam ketegori membahayakan ketenteraman orang awam.

Maka di sini jelas bahawa Najib Razak tidak mengetahui apakah itu demokrasi dan lebih menyedihkan lagi beliau sendiri tidak menghormati hak rakyat yang sudah tentu ada hak ke atas Dataran Merdeka yang menjadi lokasi bersejarah tersebut bagi mengadakan sebarang acara termasuklah duduk dan bantah.

Jika ada setengah juta warga Malaysia turun ke Kuala Lumpur bayangkan betapa untungnya perniagaan warga kota kerana peningkatan jumlah mengunjung pada hari tersebut, tetapi disebabkan pimpinan BN terlalu jumudlah hakikat ini gagal digambarkan dek kerana pentingkan kuasa secara salah.

Ulasan Najib Razak berkenaan perhimpunan bersih 28 april mendahului keputusan siasatan dimana dakwa beliau mengatakan perserta melancarkan serangan terhadap polis walhal kita tahu wujud SB yang terlibat sebagai ejen provokasi dalam perhimpunan terbabit yang telah menyebabakan huru-hara berlaku.

Realiti sokongan rakyat terhadap usaha penolakan rejim BN yang telah berkuasa selama 54 tahun ini semakin jelas, rata-rata rakyat sedang mahukan perubahan, kita juga boleh lihat betapa ramai rakyat bahkan suku juta yang turun pada 28 April untuk cuma menyatakan bantahan terhadap BN yang telah menzalimi maksud sebenar keadilan.

Rakyat tidak memerlukan lagi seorang pemimpin yang sering flip flop seperti Najib Razak, sikap sebegini bukan sahaja mengambarkan beliau tiada kredibiliti kepimpinan adil malah merugikan masa hadapan negara, PRU 13 adalah masa untuk ubah bagi menyelamatkan Malaysia.
Drs. Khalil Idham Lim
Parit Buntar, 7 Mei 2012

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mmmmm... tunggu dan lihat lah lepas ni apa pulak PM nak buat...
ada org tu belum faham or buat2 tak faham... Apa yg dimaksudkan
dengan KUASA RAKYAT??? Rakyat 1 Malaysia ni sabor2 orangnya...
tp ingat sabor diaorg ada Kepala Batas jgk... jgn buat tak reti je...jgn sampai Rakyat 1 Malaysia nampak puak2 tu mcm LAUK...
jgn sampai penyepak lawannya penyepak... mintak jauh la... Rakyat 1 Malaysia CINTAkan keAMANan... tp tiada berguna keAMANan tanpa KEADILAN, tp apa yg PASti rakyat 1 Malaysia mahukan keBERSIHan dlm
sistem demokrasi... janganlah puak2 tu pandang rendah terhaDAP apa yg diluahkan oleh rakyat 1 Malaysia melalui DUDUK & BANTAH 3.0 tu... RAKYAT 1 Malaysia didahului, Percapaian diutamakan...
INGAT seruan keramat tu... jgn sampai jd TERAJANG RAKYAT DIDAHUlUI, KEZALIMAN DIUTAMAKAN... :)