27 Julai 2012

Berikut lokasi himpunan aman Rohingya hari ini

7 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan mengadakan himpunan aman di beberapa lokasi di seluruh negara hari ini bagi membantah pembunuhan beramai-ramai terhadap umat Islam Rohingya.

Himpunan aman ini akan dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS peringkat negeri dengan kerjasama NGO Islam yang lain.

Antara negeri yang telah memaklumkan tempat program himpunan aman ini adalah seperti berikut;

1. Melaka - hadapan masjid Al-Azim, Masjid Negeri

2. Kedah - Masjid Bakar Arang Sungai Petani

3. Pahang - Muazzam Shah

4. Selangor dan Wilayah - Masjid al-Syarif, Gombak

5. Johor - Bandar Baru Uda pada 29 Julai jam 5 petang

6. Sabah - Masjid SDA, Kota Kinabalu

Setiausaha DPPM, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, pihaknya turut menggesa agar Kerajaan Malaysia mengambil satu langkah berkesan untuk memastikan ummat Islam Rohingya tidak lagi disembelih dan dibantai sedemikian kejam.

"Ummat Islam harus bangkit berdoa dan bermunajat kepada Allah Azza wa Jalla agar menyelamatkan Ummat Islam Rohingya sekaligus menghancurkan regim zalim yang melakukan pembersihan etnik ke atas ummat Islam Rohingya," katanya.

Sementara itu, Lajnah Antarabangsa DPPM katanya akan mengambil peranan untuk membuat bantahan dengan menghantar memorandum rasmi ke Wisma Persekutuan dan juga kepada pihak bertanggungjawab antarabangsa seperti OIC, NAM dan lainnya untuk segera mengambil tindakan menghentikan kekejaman tersebut

harakahdaily/-

Tiada ulasan: